Translate

10 February 2021

Suami Isteri Didakwa Bunuh & Dera 'Adik Amir' Berusia 7 Tahun



Ibu Kandung, Bapa Tiri Amir Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian Mangsa

Pasangan suami isteri didakwa bunuh, dera 'Adik Amir'

Astro Awani
10/2/2021


MELAKA: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Ayer Keroh atas tuduhan membunuh anak mereka yang berusia tujuh tahun.

Tertuduh Mohd Fadzli Abdull Razak, 38, dan Zuraida Atan, 32, didakwa di dua mahkamah berasingan atas dua pertuduhan.

Bagaimanapun kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Bagi pertuduhan pertama, pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mereka didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh sejurus kertas pertuduhan dibacakan.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mendera mangsa sama dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Kesalahan didakwa dilakukan pada 29 Januari 2021, jam 3.32 petang di rumah pasangan itu di Taman Krubong Jaya dalam daerah Melaka Tengah.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu.

Hakim tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin.

Mahkamah menetapkan 29 Mac sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan kanak-kanak lelaki itu didakwa lemas dalam dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter oleh suspek lelaki berusia 38 tahun yang juga bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya.

Pemeriksaan fizikal serta hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati, terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baru di kesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasangan-suami-isteri-didakwa-bunuh-dera-adik-amir-282234

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Penger' 47 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 48 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind sandang jawata' 1 min ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hal' 14 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - M' 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran | BEST ' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - M' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ahli sains China bangunkan alat AI ramal kekerapan' 25 mins ago