Translate

10 February 2021

Azizulhasni Kini Nombor 1 Dalam Ranking Dunia Acara Pecut Individu

Azizulhasni kini nombor 1 dalam ranking dunia acara pecut individu

BERNAMA
10/2/2021

KUALA LUMPUR: Ikon berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih suntikan semangat dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini selepas menghuni kedudukan teratas dalam ranking dunia acara pecut individu.

"Saya gembira dengan ranking semasa ini. Sudah tentu ia menjadi pembakar semangat buat saya dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo. Bagi saya, ia juga berita gembira buat arena sukan berbasikal negara.

"Saya berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan saya memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo nanti," katanya kepada Bernama, hari ini.

Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam (9 Feb), pelumba yang dikenali dengan julukan 'The Pocket Rocketman' itu mengumpul 1,600 mata untuk berada di tangga teratas.

Pelumba Jepun Tomohiro Fukaya pada kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata diikuti Sam Webster dari New Zealand mengumpul 1,390 mata di tempat ketiga.

Dalam acara keirin, Mohd Azizulhasni berada pada kedudukan kedua setelah meraih 1,740 mata di belakang Kevin Quintero dari Colombia yang mengumpul 1,790 mata.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu juga berharap berita gembira itu menjadi sumber inspirasi kepada atlet muda negara dalam mengejar cita-cita mereka bagi mencapai kejayaan di peringkat tertinggi.

Sementara itu, dalam ciapan Twitter Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut mengucapkan tahniah atas pencapaian Mohd Azizulhasni itu.

"You've already been number 1 in Malaysia for so long...and now you've taken your well deserved spot at the top of the world. Steady Jijoe! @AzizulAWANG Keep it up. (Anda sudah pun menjadi nombor satu di Malaysia sejak sekian lama...dan kini anda mendapat tempat yang selayaknya di dunia)," kata Reezal Merican menerusi akaun Twitter @reezal_merican, hari ini.

Bagi kategori pecut individu, rakan seperjuangan Mohd Azizulhasni, iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom berada di tangga ke-18 dunia dengan 922.5 mata, Muhammad Fadhil Mohd Zonis pada kedudukan ke-103 dengan 237 mata, manakala Amar Danial Masri di tempat ke-248 selepas meraih 75 mata
.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 19 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 46 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 6 hrs 2 mins ago