Translate

12 February 2021

Laporan Penemuan Varian SARS-CoV 2 Di Sarawak


12/2/2021

Laporan penemuan varian SARS-CoV 2 di Sarawak

Maklumbalas drp Unit Virology, Institut Penyelidikan Perubatan, KKM

Berdasarkan laporan yg diterima dari pihak UNIMAS, terdapat dua varian SARS-CoV-2 yg dikesan iaitu B.1.160.3 & B.1.160.

Berikut tambahan maklumat dr IMR berdasarkan kajian dr GISAID. 1) Varian B.1.160.3 diubah nama kpd B.1.470. Varian ini didominasi varian dr Indonesia sejak April 2020 dgn prevalen 67.6% (76/108) iaitu dr 108 bil full genome sequences yg didaftarkan di GISAID, 76 dr Indonesia

Negara lain yg melaporkan varian ini ialah Singapura (10.2%; 11/108), Jepun (12.0%; 13/108) & minoriti di Taiwan & HK. Varian ini ada mutasi D614G yg kini ditemui pd hampir majoriti varian SARS-CoV-2. 2) Varian B.1.160; varian yg lazim ditemui di Europah sejak Julai 2020 

B1160 bermula dr France (11.2%) & kini didominasi oleh Denmark (28.0%), Switzerland (15.4%) & UK ( 17.2%). Varian ini mempunyai mutasi spike D614G dan S477N Tetapi varian yg dominan di UK kini adalah varian B1.1.7 di mana 89.9 % distribusi varian ini di dunia adalah di UK
 

Terkini tiada bukti varian B.1.160/B.1.470 dari Sarawak ada tahap infektiviti atau virulens yg lebih tinggi. Dr kajian genomic sequencing di Semenanjung, strain yg serupa masih belum ditemui.

Is berkemungkinan dr Indonesia yg mendaftarkan 67.7% strain yg serupa sejak April 2020.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED