Translate

12 February 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


 

Kenyataan Akhbar KPK 12 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

12 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,505 kes (205,774 kes kumulatif, 79.7%);
  • Kes baharu : 3,318 kes (258,306 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (3 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,311 kes [1,673 warganegara (50.5%); 1,638 bukan warganegara (49.5%)];
  • Kes aktif : 51,579 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 258 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 119 kes; dan
  • Kes kematian : 17 kes (953 kes kumulatif , 0.37%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,214 kes (36.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 856 kes (70.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 742 kes (22.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 374 kes (11.3 peratus).

Sebanyak 37 kes (1.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (15 kes), Kluster Tembok Bendera (10 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), Tembok Bukit Besi (1 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan enam (6) kes di Selangor, masing-masing dua (2) kes di Sabah, WP Kuala Lumpur dan Sarawak, serta satu (1) kes di Perak, Melaka, Kelantan, Pahang dan Johor. Kes-kes kematian melibatkan 16 warganegara dan satu (1) bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 12 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 962 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :14 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 478 kluster (termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu 39, Kluster Palut, Kluster Cergas, Kluster Tapak Bina Damai, Kluster Lingkaran Lintang, Kluster Ladang Matamba, dan Kluster Rengit Sentral);
  • Jumlah kluster aktif : 484 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 83 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah  Kluster Jalan Seelong (326 kes), Kluster Tanjung Suria (258 kes), dan Kluster Selambau (136 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan SeelongJohorTempat Kerja
2Jalan Perindustrian ElektronikJohorTempat Kerja
3Jalan Besar PontianJohorTempat Kerja
4Ladang PekanJohorTempat Kerja
5Perindustrian PelepasJohorTempat Kerja
6Jalan JelapangPerakTempat Kerja
7Jalan Perusahaan TigaPerakTempat Kerja
8Tapak Bina DamarSelangorTempat Kerja
9Taman IndustriSelangorTempat Kerja
10Tapak Bina Pantai DalamWP Kuala LumpurTempat Kerja
11SelambauKedahTempat Kerja
12Teknologi BerendamMelakaTempat Kerja
13Pangkal ChanggongKelantanTempat Kerja
14Kampung TelukPerakKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 12 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,214 (1)84,495
SABAH11851,115
WP KUALA LUMPUR374 (5)31,157
JOHOR742 (1)29,543
NEGERI SEMBILAN11812,961
PULAU PINANG1499,621
PERAK997,187
KEDAH1886,825
SARAWAK836,273
MELAKA455,581
KELANTAN  793,867
PAHANG303,503
TERENGGANU722,774
WP LABUAN12,222
WP PUTRAJAYA6990
PERLIS0192
JUMLAH KESELURUHAN3,318 (7)258,306

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 3,318 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,214  kes 
    • 489 kes daripada kluster-kluster; termasuk 78 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Damar dan Kluster Taman Industri;
    • 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 357 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 742 kes  
    • 523 kes daripada kluster-kluster, termasuk 378 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Perindustrian Elektronik, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Perindustrian Pelepas, dan Kluster Ladang Pekan;
    • 105 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 113 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 374 kes  
    • 152 kes daripada kluster-kluster, termasuk 84 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Pantai Dalam;
    • 106 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 111 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 188 kes
    • 156 kes daripada kluster-kluster, termasuk 136 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Selambau;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 149 kes 
    • 72 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 118 kes 
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 75 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 118 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 93 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 99 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Jelapang, Kluster Jalan Perusahaan Tiga, dan Kluster Kampung Teluk;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 83 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 79 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pangkal Changgong;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 72 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 45 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teknologi Berendam;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 30 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Damar;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 17 kes kematian pada 12 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
937177388SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan gout
938190573SelangorLelaki (WN)85Hospital Sungai BulohPenyakit  darah tinggi
939193606PerakPerempuan (WN)78Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohTuberkuslosis
940210131SelangorLelaki (WN)68Hospital Kuala Lumpur
941226690MelakaLelaki (WN)84Hospital MelakaPenyakit darah tinggi, jantung, dan limfoma
942232850SabahLelaki (WN)91Hospital Lahad DatuPenyakit jantung dan kanser usus
943234491SarawakPerempuan (WN)67Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
944238592KelantanLelaki (WN)64Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan gout
945240215SelangorPerempuan (WN)97Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi
946243813SabahLelaki (WN)80Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan strok
947246829WP Kuala LumpurPerempuan (WN)85Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
948248262PahangPerempuan (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital RaubPenyakit darah tinggi dan asma
949250975JohorLelaki (WN)66Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit paru-paru kronik
950251420SarawakPerempuan (WN)79Hospital BintuluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
951252013SelangorLelaki (WN)54Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan fibrosis paru-paru
952253150WP Kuala LumpurLelaki (WN)63Hospital Kuala LumpurPenyakit paru-paru kronik
953243461SelangorLelaki (BWN)59Hospital SelayangPenyakit darah tinggi dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN SEELONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Seelong, Senai, Kulai. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 568 individu telah disaring, di mana 327 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN ELEKTRONIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Kota Tinggi, Pontian, dan Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif  COVID-19 bermula pada 10 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Senai, Kulai. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 2,190 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BESAR PONTIAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221817) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Pontian, Pontian Besar, Pontian. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LADANG PEKAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244423) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Ladang Pekan, Layang- Layang, Kluang dan juga kontak rapat kepada kes indeks. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERINDUSTRIAN PELEPAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Kulai, dan Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193139) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Zon Perindustrian Bebas, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 506 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN JELAPANG

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179533) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 sebagai kes InfluenzaLike Illness. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jelapang, Kawasan Perindustrian Taman Meru, Ipoh. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 818 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERUSAHAAN TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama serta Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-218759) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan Tiga, Kamunting, Larut, Matang, dan Selama. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG TELUK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-234255) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan di tempat kerja. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang berlaku iaitu di Kampung Teluk, Ayer Tawar, Manjung. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA DAMAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja tapak bina yang menetap di Kampung Bukit Damar, Dengkil, Sepang. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 701 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN INDUSTRI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Sungai Buloh. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 278 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PANTAI DALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Pantai Dalam, Lembah Pantai.  Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 265 individu telah disaring, di mana 94 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SELAMBAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja kilang yang menetap di Bukit Selambau, Mukim Teloi Kiri, Kuala Muda. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 247 individu telah disaring, di mana 136 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEKNOLOGI BERENDAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka; Tampin di Negeri Sembilan; Sepang di Selangor serta Tangkak di Johor. Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Zon Perdagangan Bebas, Batu Berendam, Melaka Tengah.  Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 1,241 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PANGKAL CHANGGONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Machang, Pasir Puteh, dan Tanah Merah di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251555) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Kampung Pangkal Changgong, Jalan Tanah Merah Lama, Machang. Sehingga 12 Februari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED