Translate

16 December 2020

Zailani Hashim Ketua Pengarah JPJ Baharu

                       

Zailani Hashim Ketua Pengarah JPJ baharu

BERNAMA
16/12/2020 


KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Datuk Zailani Hashim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Menurut kenyataan JPJ hari ini, Zailani berpengalaman luas bertugas di pelbagai kementerian dan agensi perkhidmatan awam dan pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Selain itu, beliau juga berpengalaman dalam bidang keselamatan dan ketenteraman awam termasuk pernah menjawat jawatan pegawai integriti dengan pengalaman bertugas di Kementerian Dalam Negeri.

“Warga JPJ menzahirkan ucapan tahniah kepada Zailani atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah JPJ dan mengalu-alukan pelantikan beliau bagi menerajui jabatan ini.

“Warga cemerlang JPJ juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman) atas pelantikan ini,” demikian menurut kenyataan itu.

JPJ juga yakin pelantikan itu akan terus memacu kecemerlangan jabatan tersebut dalam menggalas amanah negara sebagai agensi utama yang mengawal selia hal ehwal pengangkutan jalan di negara ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED