Translate

26 December 2020

Wanita Warga Myanmar Maut Ditikam Adik Ipar

                            


Wanita Warga Myanmar Maut Ditikam Adik Ipar  

Hanya kerana masak tak cukup, kakak ipar cuba lerai pergaduhan maut ditikam

Astro Awani
25/12/20

SUBANG JAYA: Seorang wanita maut ditikam adik iparnya di sebuah rumah pangsa dekat USJ 7 di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira kira jam 8 malam itu, mangsa dikatakan cuba meleraikan pergaduhan melibatkan adik perempuannya yang dipukul suami.

Namun keadaan bertukar tragedi selepas dia maut ditikam adik iparnya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Amihizam Abdul Shukor, pertengkaran yang bermula sekitar jam 7 malam itu tercetus apabila suspek berang dengan isterinya kerana tidak menyediakan makanan yang mencukupi.

“Suspek yang dipercayai dalam keadaan mabuk terus mengamuk dengan menarik rambut dan menumbuk kepala isterinya.

“Mangsa yang turut berada di ruang tamu cuba menenangkan suspek, namun dia ditikam di bahagian belakang badan,” katanya.

Mangsa warga Myanmar berusia 45 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Suspek berusia 42 tahun yang cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan di tingkat bawah rumah.

Sebilah pisau disyaki senjata pembunuhan turut ditemui di lokasi kejadian.

Ketiga-tiga mereka merupakan warga Myanmar yang bekerja di sebuah kilang sarung tangan.
Kes disiasat mengikut di Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hanya-kerana-masak-tak-cukup-kakak-ipar-cuba-lerai-pergaduhan-maut-ditikam-274749

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED