Translate

24 December 2020

Video: Sindiket Pelacuran Dikesan Pihak Berkuasa, Bandar Tasik Permaisuri



MKL Crimedesk
24/12/20

Hanya untuk pelanggan yang sudah buat tempahan.

Itu taktik sindiket pelacuran yang dikesan di bandar tasik permaisuri, kuala lumpur bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Selain itu, kegiatan pula dijalankan di hotel untuk memastikan ia tidak dapat dihidu oleh polis.

Namun bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota polis dari ipkkl dan ipd cheras melakukan serbuan tengah malam tadi.

Hasilnya berjaya membongkar kegiatan pelacuran itu yang dipercayai kembali aktif kebelakangan ini selepas kelonggaran diberikan untuk orang ramai bebas untuk bergerak akibat pandemik covic-19.

Hasil serbuan 10 orang wanita warga asing yang menawarkan khidmat pelacuran dicekup.

Mereka yang ditahan ini adalah warga indonesia, vitenam dan filipina.

Kesemua yang ditahan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED