Translate

17 December 2020

Video: PM Muhyiddin Ziarah Tun Rahah Di Prince Court

                        


PM | Tan Sri Muhyiddin Ziarah Tun Rahah  

Muhyiddin ziarah Tun Rahah di Prince Court

BERNAMA
17/12/2020


KUALA LUMPUR, 17 Dis -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi balu Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein iaitu Tun Rahah Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court di sini.

Muhyiddin turut mengajak semua untuk mendoakan agar ibu Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Tun Razak itu diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan.

Perdana Menteri menyatakan perkara itu menerusi laman Facebooknya dan turut memuat naik dua keping gambar beliau bersama Najib dan seorang lagi anak Rahah iaitu bekas Pengerusi CIMB Bank Mohamed Nazir.

Rahah, 87, berkahwin dengan Abduk Razak pada 4 Sept 1952 dan dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Mohamed Nazir, Ahmad Johari, Mohamed Nizam serta Mohamed Nazim.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED