Tan Sri Noor Hisham terima Anugerah Khas AME 2020
Dr Noor Hisham terima anugerah khas AME 2020
Astro Awani
20 Disember 2020
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima Anugerah Khas Meletop Era 2020 mewakili petugas barisan hadapan mengendalikan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun ini.
Dr Noor Hisham menerusi rakaman video yang disiarkan ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020 (AME 2020) malam ini, berkata usaha memerangi COVID-19 bukan hanya membabitkan pihaknya malah semua petugas petugas barisan hadapan pelbagai bidang.
“Anugerah ini juga saya tujukan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang tidak pernah mengeluh untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia selamat daripada wabak ini.
“Saya mewakili petugas barisan hadapan mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia di atas penganugerahan ini,” katanya.
Terdahulu, anugerah tersebut diumumkan wakil pihak produksi AME 2020 iaitu Nabil Ahmad yang juga pengacara majlis anugerah tersebut.
Sebelum ini, anugerah AME hanya disampaikan khusus kepada golongan terbabit dalam industri seni namun kelainan dibuat pada tahun ini susulan situasi pandemik COVID-19 telah menjejaskan pelbagai pihak.
Anugerah kepada Dr Noor Hisham sebagai menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban masa dan jiwa sepanjang menguruskan wabak terbabit.

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO: