Translate

17 December 2020

Video: Bapa Tikam Bayi Berusia 18 Bulan Dihukum Penjara 10 Tahun


 

Bapa Tikam Anak Dipenjara 10 Tahun

Bapa tikam bayi berusia 18 bulan dihukum penjara 10 tahun

Astro Awani
17 Disember 2020

KUALA LUMPUR: Seorang bapa yang menikam perut bayi perempuannya berusia 18 bulan pada Ahad lalu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Muhammad Safwan Shafie, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Ketika prosiding dilakukan, Muhammad Safwan menangis sebaik gambar mangsa ditunjukkan oleh polis mahkamah atas tujuan pengecaman.

Dia didapati bersalah menikam perut bayi perempuannya di sebuah rumah di Puchong pada 12 Disember lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun.

Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang Ahad itu, bayi perempuan itu parah selepas ditikam suspek.

Polis berjaya menahan suspek dan merampas sebilah pisau pemotong roti disyaki digunakan untuk menikam mangsa.

Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Sehingga kini, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Mangsa kini dalam jagaan ibu kandungnya dan ibu bapa suspek.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED