Translate

11 December 2020

Update Covid-19 Malaysia : New Cases- 1,810 Total Cases- 80,309 | Active Cases- 12,734 | Total New Death- 6 Deaths- 402 Recovered- 937


Kenyataan Akhbar KPK 11 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 937 kes. Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 67,173 kes (83.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 11 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,810 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 80,309 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,734 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,799 kes.

Negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 829 kes (45.8 peratus) di mana 685 kes (82.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 532 kes (29.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 132 kes (7.3 peratus).

Sebanyak 184 kes (10.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Rumah Merah (150 kes), Kluster Tembok (18 kes), Kluster Bakti (13 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 123 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan enam (6) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 402 kes (0.50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
39742285SabahLelaki (WN)62Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan adrenal insufficiency
39850048SabahLelaki (WN)65Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit gout
39952948SabahLelaki (WN)81Hospital TawauPenyakit darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang kronik dan dislipidemia
40058947SabahPerempuan (WN)60Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, penyakit jantung, penyakit gout dan Spondylodiscitis
40170078Pulau PinangPerempuan (WN)78Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan strok
40276355SabahPerempuan (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit asma

*WN merujuk kepada warganegara .

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 11 Disember 2020, terdapat sebanyak 407 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 217 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Taman Laut di Selangor, Kluster BMU di Melaka, dan Kluster Ikhtisas yang melibatkan Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 190 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (369 kes), Kluster Rumah Merah (150 kes) dan Kluster D’Bajaru (133 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang kesemuanya melibatkan tempat kerja telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  1. KLUSTER SUNGAI PUTUS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah kilang. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 2,001 individu telah disaring, di mana 427 kes telah dikesan positif COVID-19. Kluster ini melibatkan sembilan (9) warganegara dan 418 bukan warganegara.

  • KLUSTER ERIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-73290) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Berikutan kes tersebut, majikan telah melaksanakan saringan ke atas  para pekerja dan mendapati seramai 28 lagi individu yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks dikesan positif COVID-19. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN BERANGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 1,246 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LANGKASUKA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-71291) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN COLLEGE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-68884) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI KELUANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan di negeri Pulau Pinang. Kes indeks (iaitu kes ke-71197) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan pulang ke negara asal. Hasil saringan kontak rapat di tempat kerja seterusnya mendapati seramai 16 kes lagi dikesan positif COVID-19. Sehingga 11 Disember 2020, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH53232,066
SELANGOR829 (8)19,789
W.P. KUALA LUMPUR132 (1)7,708
NEGERI SEMBILAN646,186
KEDAH222,793
PULAU PINANG342,521
JOHOR69 (1)2,362
PERAK122,295
W.P. LABUAN81,413
SARAWAK1 (1)1,074
PAHANG96723
KELANTAN2465
MELAKA5411
TERENGGANU2244
W.P. PUTRAJAYA2215
PERLIS044
JUMLAH KESELURUHAN1,810  (11)80,309

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,810 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 829 kes 
    • 616 kes daripada kluster-kluster, termasuk 390 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Putus dan Kluster Erima;
    • 69 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 532 kes 
    • 326 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 126 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 80 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 132 kes  
    • 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Berangan;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pahang: 96 kes
    • 95 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor: 69 kes
    • 45 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Langkasuka;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 64 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan College;
  • Pulau Pinang: 34 kes 
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Keluang;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 22 kes
    • 20 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 12 kes
    • Sembilan (9) kes  daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes import dari luar negara.





Status terkini COVID-19 setakat 11 Disember 2020
Jumlah sembuh baru: 937 kes
Jumlah kumulatif discaj: 67173 kes (83.6%)
Jumlah kes baru: 1810 kes
Jumlah kumulatif: 80309 kes
Jumlah kes aktif: 12734 kes
Kes tempatan: 1799 kes
Kes import: 11 kes
Jumlah kematian baru: 6 kes (6 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 402 kes (0.50%)
Jumlah kes di ICU: 123 kes
Pesakit intubated: 63 kes


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED