Translate

03 December 2020

Update Covid-19 Malaysia : New Cases- 1,075 Total Cases- 69,095 | Active Cases- 10,802 | New Death- 11 Total Deaths- 376 Kes Sembuh- 948


Kenyataan Akhbar KPK 3 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 948 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 57,917 kes (83.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 3 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,075 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 69,095 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,802 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,072 kes.

Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 508 kes (47.3 peratus). Daripada jumlah ini, negeri Selangor melaporkan sebanyak 459 kes (90.4 peratus). Jumlah pelaporan kes harian kedua tertinggi pula dicatatkan oleh negeri Sabah iaitu sebanyak 310 kes (28.8 peratus) dan diikuti dengan negeri Johor sebanyak 78 kes (7.3 peratus).

Sebanyak 48 kes (4.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (41 kes), Kluster Tembok (3 kes), Kluster Matambai (3 kes) dan Kluster Bakti (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 46 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 11 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
36623536SelangorPerempuan (WN)72Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan obesiti
36740949Negeri SembilanPerempuan (WN)70Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan gout
36845696W.P. Kuala LumpurPerempuan (WN)74Hospital Sungai Buloh
36948520W.P. PutrajayaLelaki (WN)79Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan darah tinggi
37052129SabahLelaki (WN)64Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang kronik    
37152599JohorPerempuan (WN)71Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi dan gout
37256656KelantanPerempuan (WN)72Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi dan demensia
37362601SelangorPerempuan (WN)77Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, asma, dislipidemia dan strok
37463565SelangorLelaki (WN)81Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit kemurungan
37567156JohorPerempuan (WN)50Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis dan obesiti
37667391SabahLelaki (WN)79Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 3 Disember 2020, terdapat sebanyak 373 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 189 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit, Kluster Tujuh Serangkai dan Kluster Laut. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 184 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Usaha (84 kes), Kluster Kaya (74 kes) dan Kluster Hentian (60 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER MONSOON

Kluster ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-63687) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 106 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KILANG

Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula 15 November 2020 hasil saringan tempat kerja di sebuah kilang. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERDANA ENAM

Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-53954) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 213 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KUBOTA

Kluster ini melibatkan daerah Tawau  di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-59101) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH31029,577
SELANGOR459 (1)15,534
W.P. KUALA LUMPUR49 (1)6,366
NEGERI SEMBILAN525,175
KEDAH322,642
PULAU PINANG432,220
PERAK261,858
JOHOR781,627
W.P. LABUAN9 (1)1,365
SARAWAK11,066
PAHANG4408
MELAKA2390
KELANTAN9381
TERENGGANU1238
W.P. PUTRAJAYA0205
PERLIS043
JUMLAH KESELURUHAN1,075 (3)69,095

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,075 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 459 kes 
    • 307 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Monsoon;
    • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 310 kes 
    • 59 kes daripada kluster-kluster, termasuk 28 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kilang, Kluster Perdana Enam dan Kluster Jalan Kubota;
    • 156 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 78 kes
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sebelas (11) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 52 kes
    • 45 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 49 kes  
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 43 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 32 kes
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 26 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Sembilan (9) kes  
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kelantan: Sembilan (9) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;  dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.




Selangor lapor 459 kes baharu dan 268 sembuh. Kes tertinggi dilaporkan dalam daerah Klang (194) dan Hulu Langat (144). Ini disebabkan oleh kes yang dilaporkan dalam kluster membabitkan dua daerah ini iaitu; Usaha, Kaya, Hentian, Penjara Jalan Harapan dan beberapa kluster lain.





43 kluster aktif dengan kes baharu dilaporkan hari ini. Kluster Usaha laporkan kes tertinggi (84) diikuti Kaya (74) dan Hentian (60). Secara keseluruhan, terdapat 373 kluster dilaporkan. 189 daripadanya telah ditamatkan manakala baki 184 kluster aktif masih dipantau oleh KKM.





4 kluster baharu dikesan membabitkan Sabah (3) dan Selangor (1). Jumlah kes baharu dalam kesemua kluster baharu ini; 82.






Status terkini COVID-19 setakat 3 Disember 2020
Jumlah sembuh baru: 948 kes
Jumlah kumulatif discaj: 57917 kes (83.8%)
Jumlah kes baru: 1075 kes
Jumlah kumulatif: 69095 kes
Jumlah kes aktif: 10802 kes
Kes tempatan: 1072 kes
Kes import: 3 kes
Jumlah kematian: 11 kes (11 WN, 0 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 376 kes (0.54%)
Jumlah kes di ICU: 116 kes
Pesakit intubated: 46 kes




11kematian dilaporkan hari ini dan hampir kesemuanya melibatkan warga emas yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa warga emas, lindungi golongan berisiko tinggi ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED