Translate

21 December 2020

Tiga Beranak Mengaku Tidak Bersalah Rogol Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun


 

Tiga beranak mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak perempuan 12 tahun

Tiga beranak mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak perempuan 12 tahun

Astro Awani
21 Disember 2020


KULIM: Tiga beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kulim hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Tertuduh, Perumal Subramaniam, 65, dan Sivakumar Perumal, 24, membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Musyiri Peet.

Manakala seorang lagi tertuduh Sivanesan Perumal, 37, turut membuat pengakuan yang sama di Penjara Alor Setar selepas kebenaran mahkamah diperolehi apabila tertuduh tidak dapat hadir ke mahkamah kerana dikuarantin susulan positif COVID-19.

Tertuduh pertama bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala dua anaknya iaitu tertuduh kedua dan ketiga bekerja sebagai buruh di sebuah tapak pembinaan.

Mengikut pertuduhan pertama ketiga-tiga tertuduh merogol mangsa di sebuah rumah di Kulim, kira-kira jam 12 tengah malam, April 2019.

Bagi pertuduhan kedua, kesemua tertuduh merogol mangsa di sebuah rumah kosong di belakang sebuah sekolah sekitar jam 2 petang pada Oktober 2019.

Ketiga-tiga tertuduh sekali lagi bertindak merogol mangsa pada April 2020 di sebuah taman perumahan di di sini sekitar jam 10 malam.

Prlakuan ketiga-tiga tertuduh terbongkar selepas mangsa memaklumkan kepada ibunya bahawa mangsa dirogol pada awal Disember lalu.

Bagi ketiga-tiga kesalahan terbabit kesemua mereka dituduh mengikut seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan pendakwaraya, Pavitra Satha Sivam.

Mahkamah tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin kerana bimbang tertuduh akan menganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wyoming viewed 'Trump's Gaza plan for 'Riviera of the Middle East'' 1 min ago
A visitor from Upland viewed 'Negeri Sembilan raih pelaburan RM7.25 bilion tahun' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Netizen's Bewildered Its A Just a fine for stealin' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Brussels viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 5 hrs 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 6 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 6 hrs 39 mins ago