Translate

19 December 2020

Tan Sri Dr Noor Hisham Hadir Ke Anugerah Meletop Era 2020?

                      

Tan Sri Dr Noor Hisham hadir ke Anugerah Meletop Era 2020?

Astro Awani
19 Disember 2020

PUTRAJAYA: Kurang daripada 24 jam, pentas Anugerah Meletop Era 2020 (AME) akan membuka tirainya secara rasmi.

Selepas beberapa bulan ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malam esok sangat bermakna bagi peminat industri hiburan tanah air untuk mengetahui siapa yang bakal bergelar Artis Top Top Meletop 2020.

Selain itu, AME juga akan menampilkan barisan artis yang hebat untuk membuat persembahan pada malam esok, antaranya Shiha Zikir, Aina Abdul, Andi Bernadee, Anuar Zain dan Misha Omar.

Tetapi bukan itu sahaja tarikan istimewa AME pada tahun ini, ia juga akan menampilkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan membuat kemunculan khas.

Tapi, apa yang Dr Noor Hisham akan buat di AME 2020?

Kalau anda semua hendak tahu, saksikan AME yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse serta Zizan Razak pada jam 9 malam esok di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

AME 2020 juga boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-hiburan/tan-sri-dr-noor-hisham-hadir-ke-anugerah-meletop-era-2020-273867

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED