Translate

21 December 2020

Tahun Haqiem Rusli, Siti Nordiana Unguli AME 2020



AME2020 | Khai Bahar, Siti Nordiana & Haqiem Rusli - ANUGERAH TOP TOP MELETOP
Tahun Haqiem Rusli, Siti Nordiana unguli AME 2020

Astro Awani
20 Disember 2020

PUTRAJAYA: Anugerah Meletop Era 2020 (AME) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Haqiem Rusli dinobatkan sebagai Artis Top Top Meletop Lelaki.

Haqiem bukan sahaja memenangi anugerah utama malah dia juga merangkul anugerah Penyanyi dan Lagu Meletop menerusi lagu Lembah Kesepian.

Siti Nordiana pula sekali lagi mengungguli anugerah Top Top Meletop Wanita selain anugerah Top Top Meletop Duo/Kumpulan yang dimenangi bersama Khai Bahar.Ini merupakan senarai penuh pemenang setiap kategori AME 2020:

Fesyen Meletop - Syafiq Kyle
Influencer Meletop - Syahmi Sazli Production
Artis Baharu Meletop - Han Byul
Couple Meletop - Hanis Zalikha dan Hairul Hazreen
Si Cilik Meletop - Alisa Aisyah
Program Meletop - Sepahtu Reunion 2019
Artis Versatil Meletop - Siti Nordiana
Drama Meletop - Sweet Dreams
Lagu Meletop - Lembah Kesepian ( Haqiem Rusli )
Duo/ Kumpulan Meletop - Khai Bahar dan Siti Nordiana
Bintang Filem Meletop - Syafiq Kyle
Filem Meletop - Ejen Ali The Movie
Hos Meletop - Alif Satar
Pelakon Meletop - Ben Amir (Sweet Dreams)
Penyanyi Meletop - Haqiem Rusli
Top Top Meletop Group/Duo - Khai Bahar dan Siti Nordiana
Top Top Meletop Wanita - Siti Nordiana


Anugerah pilihan peminat itu dimeriahkan dengan persembahan-persembahan menarik daripada Shiha Zikir, Aina Abdul, Andi Bernadee, Anuar Zain dan Misha Omar.

AME 2020 juga lebih istimewa kali ini dengan penampilan khas penceramah bebas Ebit Lew selain Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menerima Anugerah Khas AME 2020.

Pelakon Kamal Adli turut membuat kejutan kepada umum apabila melamar buah hatinya, Uqasha Senrose semasa siaran langsun AME 2020 yang diadakan di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya.

Tahun ini AME 2020 dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak yang menggantikan Alif Satar sebagai pengacara ketiga untuk majlis berprestij itu.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED