Translate

11 December 2020

Skandal Rasuah: SPRM Tahan Timbalan Ketua Jabatan Laut, 4 Lagi, Berhubung Skandal Permit Perkapalan (1 Video)


 

SPRM tahan 5 individu termasuk timbalan ketua pengarah


Harian Metro
11 Disember 2020


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu termasuk seorang timbalan ketua pengarah, seorang setiausaha bahagian dan tiga pengarah syarikat perkapalan kerana disyaki terbabit dalam skandal rasuah berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat untuk membawa Minyak Gred Berat di perairan Malaysia. 

Kelima-lima individu berusia antara 35 hingga 54 tahun ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, malam tadi. Menurut sumber, kedua-dua pegawai kanan kerajaan ini didapati menyalahgunakan kuasa dengan mengeluarkan surat pengecualian kepada syarikat tertentu tanpa pengetahuan dan kelulusan Menteri Pengangkutan. 

Kelima-lima suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED