Translate

19 December 2020

Video: Sultan Perak, Sultan Selangor Antara Yang Hadir Di Masjid Ar-Rahah

 



Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Selangor berangkat tiba ziarah Tun Rahah  

Mengenang Tun Rahah: Sultan Perak, Sultan Selangor antara yang hadir di Masjid Ar-Rahah

Astro Awani
19 Disember 2020


KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan antara kenamaan yang hadir ke Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, di sini, bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Rahah Mohamed Noah hari ini.

Kenderaan yang membawa Sultan Sharafuddin tiba di pekarangan masjid kira-kira jam 9.30 pagi sementara kenderaan yang membawa Sultan Nazrin, kira-kira jam 9.50 pagi.

Terdahulu, motoked Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang membawa jenazah isteri kepada Perdana Menteri Kedua Tun Razak Hussein, dan ibu kepada Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Najib Razak itu, tiba di pekarangan masjid kira-kira pukul 7.50 pagi.

Najib kemudiannya tiba kira-kira pukul 8.10 pagi bagi menyaksikan urusan penghormatan terakhir kepada arwah ibunya.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut meluangkan masa kira-kira 30 minit di Masjid Ar-Rahah.

Orang awam mula dibenarkan masuk ke perkarangan masjid untuk sama-sama memberi penghormatan, sebelum solat jenazah dilakukan, dijangka selepas waktu Zohor.

Mengikut aturcara Istiadat Pengebumian Negara, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Negara selepas selesai penghormatan terakhir untuk dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan.

Berapa orang awam yang ditemui di luar perkarangan masjid rata-rata berkongsikan pemerhatian yang sama, iaitu Tun Rahah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia, cekal membesarkan anak-anak selepas pemergian Tun Razak dan sentiasa merendah diri.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mengenang-tun-rahah-sultan-perak-sultan-selangor-antara-yang-hadir-di-masjid-arrahah-273829





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED