Translate

12 December 2020

Mayat Naib Ketua Armada Bersatu Kota Tinggi Ditemukan Lemas Di Tanjung Balau (1 Video)



Mayat Naib Ketua ARMADA Bersatu Kota Tinggi akhirnya ditemui
Mayat Naib Ketua Armada Bersatu ditemukan lemas di Tanjung Balau

BERNAMA
11/12/2020 


JOHOR BAHRU, 11 Dis -- Mayat Naib Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi, ditemukan lemas di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, hari ini.

Mangsa Mohd Zulfikrie Buang, 24, dilaporkan tergelincir dari perancah ketika sedang melakukan kerja-kerja membaiki Jeti Tanjung Balau di Bandar Penawar petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, PPgB Mohd Fadli Ismail berkata mayat Mohd Zulfikrie ditemukan pada 3 petang tadi, dalam anggaran 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Dengan penemuan mayat ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua hari ini ditamatkan pada 4.15 petang,” kata beliau dalam kenyataan di sini, malam ini.

Pagi tadi, pihak bomba memaklumkan operasi SAR mangsa diteruskan selepas operasi pada hari sebelumnya gagal menemui sebarang petunjuk.

Operasi ditumpukan di kawasan pinggir pantai Jeti Nelayan Tanjung Balau, Jeti Challet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau dengan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan pertahanan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, Armada Kota Tinggi dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi parti mengesahkan kejadian yang menimpa Mohd Zulfikrie itu.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk Naib Ketua Armada Bersatu Bahagian Kota Tinggi, Mohd Zulfikrie Buang yang telah ditemui lemas di Pantai Tanjung Balau, petang tadi. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” menurut kenyataan itu.

Barisan kepimpinan Armada Bersatu Bahagian Kota Tinggi turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Mohd Zulfikrie dan turut menyatakan perjuangan arwah untuk masyarakat akan diteruskan parti.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 1 hr 9 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 4 hrs 9 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Ibu tunggal didakwa aniaya anak perempuan 11 tahun' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS 5 HERO PAKISTAN TERIMA ' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 6 hrs 4 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengk' 6 hrs 18 mins ago
A visitor from Tokyo viewed 'Petaling street stripper from Sabah arrested. Woma' 7 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 8 hrs 31 mins ago