Translate

23 December 2020

Kos Vaksin: Khairy Sedia Beri Taklimat Bersyarat Kepada PAC

                        


Malaysia Dijangka Terima Bekalan Vaksin Pertama Februari Depan - Khairy
Khairy sedia beri taklimat kepada PAC berkenaan kos vaksin COVID-19

BERNAMA
23/12/2020 


PUTRAJAYA, 23 Dis -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin bersedia memberi taklimat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkenaan pemerolehan vaksin COVID-19 termasuk kosnya secara terperinci.

Namun katanya ahli jawatankuasa itu perlu patuh pada syarat kerahsiaan yang ditetapkan syarikat pengeluar vaksin.

Beliau berkata taklimat itu bagi menjawab kenyataan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang mendakwa Malaysia membayar harga vaksin COVID-19 kira-kira 20 kali ganda lebih tinggi berbanding harga yang dibayar kerajaan Belgium.

"Buat masa ini, oleh kerana bukan hanya Malaysia tetapi setiap kerajaan tertakluk dengan syarat kerahsiaan, kita tidak boleh memperincikan harga berdasarkan setiap pengeluar vaksin.

"Kalau kita langgar syarat ini, akan menjejaskan perjanjian kita dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin. Ini adalah syarat mereka, bukan syarat kita," katanya pada sidang media berhubung perkembangan perolehan vaksin COVID-19, di sini hari ini.


KJ: Govt ready to brief PAC over Covid-19 vaccine purchase, ‘marked-up’ cost is fake news

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED