Translate

21 December 2020

Kilang Panasonic Sahkan 116 Pekerjanya Positif COVID-19

Source: Lobak Merah


Kilang Panasonic sahkan 116 pekerjanya positif COVID-19

Astro Awani
21 Disember 2020

KUALA LUMPUR: Seramai 116 pekerja dia dua kilang milik Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd di Shah Alam disahkan positif COVID-19 setelah pemeriksaan dilakukan baru-baru ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, syarikat tersebut menjelaskan pihaknya telah selesai membuat pemeriksaan kira-kira 2,137 kakitangan, dan hanya 116 yang didapati terjejas, lapor The Edge.

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling menasihatkan Panasonic agar menghentikan operasinya untuk sementara waktu sehingga diberitahu lebih lanjut.

Akur dengan saranan itu, Panasonic memutuskan untuk menutup kilangnya bermula Isnin hingga Rabu untuk membolehkan pakar pembasmian kuman menjalankan tugas mereka.

"Keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan kakitangan serta komuniti adalah keutamaan kami untuk mengatasi keadaan.

"Kami telah dan akan terus mematuhi prosedur operasi standard pencegahan (SOP) COVID-19 secara ketat,” kata Panasonic.

Panasonic juga mengatakan bahawa kegiatan pembasmian kuman telah dilakukan secara berkala di premis pembuatannya dan tempat tinggal pekerja.

Menurut makluman yang dikeluarkan Panasonic, semua langkah-langkah pencegahan yang disarankan telah dilaksanakan dengan ketat.

Pada Isnin, harga saham Panasonic adalah empat sen atau 0.32% lebih rendah pada RM31.50, menjadikan pasaran syarikat menjadi sekitar RM1.92 bilion.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 3 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia hantar 35 pegawai perubata' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Vietnam's Sang-sik to lead ASEAN-All Stars against' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 3 hrs 32 mins ago