Translate

06 December 2020

Kes Rogol Pendakwah Selebriti: Polis Terima Lapan Laporan Berhubung Pendakwah Selebriti Terpalit Serangan Seksual (1 Video)


KES ROGOL | Pendakwah Selebriti Akan Ditahan Polis

Polis terima lapan laporan berhubung pendakwah selebriti terpalit serangan seksual

BERNAMA
06/12/2020 



KUALA LUMPUR, 6 Dis -- Polis hari mengesahkan menerima keseluruhan lapan laporan membabitkan pendakwah selebriti yang didakwa melakukan jenayah seksual dan kini dalam tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata bagaimanapun dua daripada laporan polis yang diterima itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Empat laporan diterima di Shah Alam, sementara dua lagi di Petaling Jaya, manakala dua yang diklasifikasikan sebagai NFA ialah masing-masing satu di Shah Alam dan Subang Jaya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima dua laporan berkaitan suspek.

“Laporan membabitkan kes rogol dan cabul serta seks luar tabii,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap suspek esok bagi membantu siasatan berkaitan dua laporan polis berkenaan.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada 26 Nov lepas susulan laporan polis yang dibuat di IPD Shah Alam dan dia dikenakan tahanan reman selama lima hari bermula 27 Nov lalu bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dilanjutkan lima hari lagi bermula 2 Dis hingga hari ini selepas seorang lagi mangsa membuat laporan polis di IPD berkenaan.

FOR MORE NEWS GO TO:
Polis Selangor Terima Lima Laporan Baharu Kes Rogol Membabitkan Seorang Selebriti (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/12/polis-selangor-terima-lima-laporan.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Michigan viewed 'Datin Seri Rosmah Mansor is a “long-standing” cust' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 32 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'RAMADAN " BUKA PUASA " BUFFET OFFERS 2013 - E - FL' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pensyarah didakwa lakukan s**s guna objek, persetu' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM arah NACSA, MKN bekerjasama rap' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bekas pekerja restoran mengaku tidak bersalah soko' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Sumbangan Asas Rahmah diperluas kepada 5.4 juta pe' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sembilan ahli kongsi gelap direman bantu kes lelak' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki OKU tu' 1 hr 38 mins ago