Translate

16 December 2020

Kenyataan Media Covid-19 KKM - DG Hisham

                

Kenyataan Akhbar KPK 16 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,052 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 72,733 kes (82.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 16 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,295 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 87,913 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,751 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,285 kes.

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 481 kes (37.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 356 kes (74.0 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah yang melaporkan sebanyak 268 kes (20.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 232 kes (17.9 peratus).

Sebanyak 57 kes (4.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (26 kes), Kluster Tembok (22 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (8 kes) dan Kluster Bakti (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 113 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 429 kes (0.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
42361363SelangorLelaki (WN)66Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan katarak
42468245SabahPerempuan (WN)52Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
42574292KelantanPerempuan (WN)52Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
42682577SabahLelaki (WN)77Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit darah tinggi dan strok
42761181SabahLelaki (BWN)58Hospital Tawau
42871577SabahLelaki (BWN)76Hospital Lahad DatuPenyakit darah tinggi dan jantung
42985106SabahLelaki (BWN)57Jenazah dibawa ke Hospital Tawau

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 16 Disember 2020, terdapat sebanyak 426 kluster telah dilaporkan termasuk lapan (8) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 230 kluster termasuk satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Murni di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 196 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (143 kes), Kluster Usaha (79 kes), dan Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (63 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER PUNCAK GALAKSI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor dan Klang di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah gudang. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 541 individu telah disaring, di mana 56 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT PUNAI

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-79023) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Disember 2020 melalui saringan kemasukan ke wad. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PERMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 1,087 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA MATAHARI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 778 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA LAUT

Kluster  tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 542 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER CAHAYA MAHSURI

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-75224) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SERI TASIK

Kluster ini melibatkan daerah Perak Tengah dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-67913) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 melalui saringan pra pembedahan. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INTEN

Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-78487) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 204 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH26833,693
SELANGOR481 (4)22,563
W.P. KUALA LUMPUR232 (4)9,129
NEGERI SEMBILAN606,651
KEDAH92,856
PULAU PINANG692,783
JOHOR105 (1)2,768
PERAK352,669
W.P. LABUAN3 (1)1,460
SARAWAK01,075
PAHANG13851
KELANTAN1472
MELAKA14453
TERENGGANU1279
W.P. PUTRAJAYA4220
PERLIS045
JUMLAH KESELURUHAN1,295 (10)87,913

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,295 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 481 kes 
    • 277 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Puncak Galaksi;
    • 79 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 268 kes 
    • 57 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Punai.
    • 105 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 106 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 232 kes  
    • 182 kes daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Permai, Kluster Tapak Bina Matahari dan Kluster Tapak Bina Laut;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Johor: 105 kes
    • 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cahaya Mahsuri;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 69 kes 
    • 51 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 60 kes
    • 53 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perak: 35 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Tasik;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Melaka: 14 kes
    • 13 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: 13 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Inten;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kedah: Sembilan (9) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED