Translate

29 December 2020

Kartel Daging: Sindiket Dalam Dan Luar Negara Dipercayai Terlibat - Bukit Aman

                 

Kartel daging: Sindiket dalam dan luar negara dipercayai terlibat - Bukit Aman

BERNAMA
29/12/2020 


KUALA LUMPUR, 29 Dis -- Polis percaya kegiatan kartel daging import yang menggunakan label halal palsu melibatkan rangkaian luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.

Beliau berkata ia berdasarkan jumlah dan nilai rampasan serta sitaan yang terlibat sebelum ini.

"Siasatan berhubung kegiatan itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.

“Selain itu, siasatan merangkumi pihak terlibat dalam pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan, penyeludupan, pihak yang memanipulasi, bersubahat dan membawa masuk daging beku melalui Permit Import (AP),” katanya dalam kenyataan.

Huzir berkata setakat ini polis menerima 13 laporan daripada orang awam di seluruh negara yang gusar dengan kemunculan isu berkenaan.

Isu kartel daging import mula mendapat perhatian ramai selepas media baru-baru ini melaporkan taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.

“PDRM memandang serius dan komited untuk menanganinya dengan jaringan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin serta Pemeriksaan Malaysia dan Jabatan Kastam,” kata Huzir.

Beliau berkata tindakan ke atas sindiket ini adalah wajar kerana ia mencetuskan kegusaran rakyat Malaysia serta menyentuh sensitiviti agama Islam.

“Sindiket ini juga mencetuskan ketidakpuasan hati dan mengancam ketenteraman dalam negara akibat perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab, menjejaskan imej negara sebagai hub halal dan memberi kesan besar kepada sektor ekonomi negara,” katanya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Najib Razak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada P' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Murcia viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 4 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man charged with wife's murder in Ipoh | BEST FBKL' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 4 hrs 59 mins ago