Translate

07 December 2020

i-Sinar EPF: Sebahagian Besar Daripada 8 Juta Pemohon Kategori 1 Diberi Kelulusan Automatik - KWSP



i-Sinar: Sebahagian besar daripada 8 juta pemohon Kategori 1 diberi kelulusan automatik - KWSP

Astro Awani
7 Disember 2020


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

Dalam satu kenyataan, KWSP memaklumkan permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.

"KWSP mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai i-Sinar, namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan terhadap kriteria semasa i-Sinar.

"Dijangkakan sebahagian besar daripada lapan juta ahli yang layak memohon di bawah Kategori 1 akan diberikan kelulusan secara automatik tanpa memerlukan sebarang dokumen sokongan.

"Permohonan dalam talian akan bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2021," kata kenyataan itu.

Penjelasan itu merujuk pelbagai laporan media mengenai permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat yang ditetapkan di bawah kemudahan i-Sinar.

“KWSP ingin menyatakan bahawa ia sentiasa mengambil berat terhadap setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan,” katanya.

Menurut KWSP, setiap proses, perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

Berikutan itu, katanya setiap perkara yang melibatkan isu dasar akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED