Translate

01 December 2020

Dewan Rakyat: Amaran Kebakaran, Semua Diarah Keluar Dewan (1 Video)



10:18am: Amaran kebakaran dikeluarkan, sidang Dewan Rakyat ditangguh seketika

Dewan Rakyat: Amaran kebakaran, semua diarah keluar dewan

BERNAMA
01/12/2020


KUALA LUMPUR, 1 Dis -- Sidang Dewan Rakyat ditempohkan sementara selepas penggera kebakaran berbunyi.

Kejadian berlaku pada 10.15 pagi ketika Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim menjawab soalan pada sesi soal jawab lisan di sini pagi ini.

Ekoran itu kesemua yang berada di bangunan Parlimen termasuk Ahli Parlimen dan pegawai diarahkan keluar Dewan dan berkumpul di tempat berkumpul sewaktu kecemasan di bangunan Parlimen.

Sementara itu, ketika menyambug semula persidangan, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata terdapat sedikit masalah teknikal dan perkara itu sedang disiasat.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata Yang Dipertua Dewan menempohkan sidang dan meminta kesemua Ahli Parlimen dan pegawai keluar dari bangunan Parlimen selepas penggera berbunyi pada 10.18 pagi.

Katanya, Bahagian Keselamatan Parlimen telah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada perkara yang mencemaskan berlaku.

"Sekarang pada 10.32 pagi, Alhamdulillah semuanya selamat dan loceng sidang dewan dibunyikan selama dua minit untuk memanggil Ahli Parlimen masuk ke dalam dewan," katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kesemua Ahli Parlimen mematuhi arahan untuk keluar dari bangunan sebagai langkah keselamatan.

"Saya dan teman-teman berada dalam dewan dan mendengar ada penggera kebakaran dan diarah keluar dari bangunan Parlimen dan tidak menggunakan lif," katanya.

Katanya, kejadian seumpama ini merupakan yang pertama dialaminya sejak menjadi Ahli Parlimen.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED