Translate

21 December 2020

Datuk Dipenjara Cabul Cucu Tiri


 

Datuk Dipenjara Cabul Cucu Tiri
Datuk cabul cucu tiri dipenjara 8 tahun, 4 sebatan

Astro Awani
21 Disember 2020


KUALA TERENGGANU: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana melakukan amang seksual terhadap cucu tirinya berusia lapan tahun.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 59 tahun mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 377ca Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa di pondok rehat sebuah taman permainan di Dungun, pertengahan Oktober lalu.

Tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa di sebuah rumah di Dungun, pada jam 4 petang, 4 November lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 37CA Kanun keseksaan.

Selain itu mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan bermula tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 7 November lalu.

Tertuduh juga diarahkan berada dalam pengawasan polis selama dua tahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED