Translate

03 December 2020

Datuk Affendi Zahari Dilantik Pengerusi PKB Baharu


Affendi Zahari dilantik pengerusi PKB baharu

BERNAMA
03/12/2020 



KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Datuk Affendi Zahari dilantik semula sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) yang baharu untuk tempoh 2 tahun berkuat kuasa 19 Okt.

PKB dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu bagi mengantikan Tan Sri Ambrin Buang yang menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai pengerusi PKB pada 18 Okt lepas.

Sebelum ini, Affendi Zahari pernah menjawat jawatan Pengerusi PKB selama 3 tahun bermula 3 Ogos 2015 hingga 15 Ogos 2018.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-undang LLB daripada Universiti Buckingham pada 1988 dan memperolehi Sijil Amalan Guaman di Malaysia pada 1992.

Menurut PKB, pihaknya yakin pengalaman, pengetahuan dan kredibilti Affendi akan menjadi kekuatan dalam menambah baik perancangan dan pelaksanaan PKB, untuk membangunkan Kampong Bharu.

“Seluruh warga kerja PKB menyambut baik pelantikan ini dan berharap pengerusi itu dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab diberikan dengan sebaiknya, demi agama, bangsa dan agama,” menurut kenyataan itu.

                                         

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 19 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 46 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 6 hrs 2 mins ago