Translate

15 December 2020

COVID-19: Pengembara yang mahu pulang ke tanah air perlu lakukan ujian swab tiga hari sebelum berlepas (1 Video)


Warga Malaysia boleh pulang tanpa ujian calitan COVID-19  

COVID-19: Pengembara yang mahu pulang ke tanah air perlu lakukan ujian swab tiga hari sebelum berlepas

Astro Awani
15 Disember 2020

KUALA LUMPUR: Bagi rakyat Malaysia atau pengembara yang mahu pulang ke negara ini, mereka perlu melakukan ujian calitan tiga hari sebelum tarikh penerbangan mereka.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selepas mereka tiba di negara ini, mereka perlu menjalani proses kuarantin selama tujuh hari berbanding 14 hari sebelum ini.

“Bagi pengembara yang ingin pulang ke Malaysia, mereka perlu melakukan swab test dalam tempoh tiga hari sebelum berlepas pulang, dan selepas tiba di Malaysia, mereka akan dikuarantin selama tujuh hari.

“Ini menjadikan 10 hari seperti yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini. Kita telah singkatkan selama tujuh hari, kalau dulu 14 hari sekarang ini tiga hari sebelum berlepas dan tujuh hari di pusat kuarantin,” katanya pada sidang media pada Selasa.

Bagaimanapun, mana-mana individu yang tidak melakukan ujian calitan sebelum berlepas ke Malaysia, mereka akan dikuarantin selama 10 hari seperti mana yang diumumkan KKM baru-baru ini.

Terdahulu, KKM mengumumkan tempoh kuarantin untuk pengembara yang pulang dari luar negara dipendekkan kepada 10 hari berbanding 14 hari.

Dalam pada itu, Ismail turut memaklumkan secara kumulatif, mulai 24 Julai 2020 sehingga 14 Disember
2020, seramai 86,344 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
"Daripada jumlah itu, seramai 10,203 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 74 Hotel dan 17 premis lain

termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

"528 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 75,613 individu dibenarkan pulang ke rumah.

"Semalam, seramai 693 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara," jelasnya.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
COVID-19: Pengembara yang mahu pulang ke tanah air perlu lakukan ujian swab tiga hari sebelum berlepas

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada' 9 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 1 hr 20 mins ago
A visitor from California viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Zagreb viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar di' 2 hrs 10 mins ago