Translate

27 December 2020

COVID-19: Masih Ada 104 Kes Aktif Di Hospital Labuan

                       


COVID-19: Masih ada 104 kes aktif di Hospital Labuan

BERNAMA
27/12/2020 

LABUAN, 27 Dis -- Sejumlah 104 kes COVID-19 masih lagi dirawat di Hospital Labuan dengan empat daripada mereka berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di tengah-tengah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikenakan di wilayah persekutuan ini.

Sub Zon1 dan Sub Zon 3 Labuan yang terdiri daripada rumah kedai, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pasar Sentral, kedai makan dan beberapa kawasan perumahan dan kampung yang sebelum ini diisytiharkan sebagai kluster aktif COVID-19, dengan masing-masing 39 kes dan 22 kes dilaporkan sedang menanti 28 hari sifar kes baharu sebelum mereka boleh diklasifikasikan semula sebagai kluster tidak aktif.

Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari sementara itu berkata dua kluster baharu dikenali sebagai Hujung Pasir dan J Bandar muncul dan tertumpu di pusat bandar.

“Kluster J Bandar melibatkan sebuah kedai makan mempunyai 32 kes dengan majoriti yang dijangkiti ialah pekerja dan pelanggan.

Kluster Hujung Pasir pula dengan 55 kes terkumpul dan kami berharap kluster ini tidak merebak ke generasi ketiga,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dr Ismuni berkata Kluster Saguking dan Titian yang juga menunggu untuk diklasifikasikan semula sebagai tidal lagi aktif masih dipantau rapi kerana ramai penduduk di sana didapati cuba mengelak daripada disaring COVID-19 apabila saringan dibuat.

Beliau juga mengingatkan mereka yang dilepaskan daripada kuarantin dan mahu pergi ke Sabah dan Semenanjung serta kembali ke Labuan masih lagi perlu menjalani saringan “Antigen Rapid Test” (RTK-Ag)

Setakat ini, Labuan mempunyai 1,624 kes dengan sembilan kematian.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'Polis Siasat Video Didakwa Sebar Fahaman Komunis |' 22 secs ago
A visitor from Michigan viewed 'Datin Seri Rosmah Mansor is a “long-standing” cust' 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 36 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'RAMADAN " BUKA PUASA " BUFFET OFFERS 2013 - E - FL' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pensyarah didakwa lakukan s**s guna objek, persetu' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM arah NACSA, MKN bekerjasama rap' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bekas pekerja restoran mengaku tidak bersalah soko' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Sumbangan Asas Rahmah diperluas kepada 5.4 juta pe' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sembilan ahli kongsi gelap direman bantu kes lelak' 1 hr 41 mins ago