Translate

24 December 2020

Covid-19 Malaysia 24 Dec: New Cases- 1,581 Total Cases- 100,318 | Active Cases- 18,773 | New Death- 2


Kenyataan Akhbar KPK 24 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,085 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 81,099 kes (80.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 24 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,581 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 100,318 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 18,773 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,579 kes.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 491 kes (31.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 375 kes (76.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 379 kes (24.0 peratus) dan Sabah sebanyak 249 kes (15.7 peratus).

Sebanyak 270 kes (17.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (185 kes), Kluster Tembok Gajah (74 kes), Kluster GK Tawau (6 kes), Kluster Tembok (4 kes), dan Kluster Bakti (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 102 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 446 kes (0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
44546551SabahPerempuan (WN)15Jenazah dibawa ke Hospital Lahad Datu
44697575SabahLelaki (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan strok

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 24 Disember 2020, terdapat sebanyak 468 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 262 kluster termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kasir, Kluster Tomher MC, Kluster Utama, Kluster Rengas, Kluster Mampulut dan Kluster Haven. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 206  kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (185 kes), Kluster Tapak Bina Permai (138 kes), dan Kluster Kebun Baru (95 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER  KEBUN BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 24 Disember 2020, sejumlah 580 individu telah disaring, di mana 95 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI BURONG

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-91410) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Disember 2020. Sehingga 24 Disember 2020, sejumlah 167 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  TAPAK BINA JALAN TUN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 24 Disember 2020, sejumlah 177 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PANDAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Hulu Langat  di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84263) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 24 Disember 2020, sejumlah 165 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT PENJAGAAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN SEMASA PERAYAAN HARI NATAL

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada warga Malaysia yang akan menyambut perayaan ini. Pada tahun ini, kita akan meraikan sambutan Hari Natal dengan norma baharu berbanding tahun-tahun yang lalu. Sehubungan itu, KKM ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan.

Rakyat Malaysia diingatkan untuk mengurangkan risiko jangkitan di antara ahli keluarga dan rakan-rakan dengan mengamalkan norma baharu seperti elakkan sembang dari jarak dekat dan menggunakan pelitup muka. Elakkan daripada berkumpul dalam jangka masa yang lama kerana ianya akan meningkatkan risiko penularan jangkitan COVID-19. Selain itu, hendaklah sentiasa amalkan kebersihan kendiri dengan kerap mencuci tangan dan juga menjaga kebersihan persekitaran.

Sejajar dengan perkembangan teknologi telekomunikasi terkini, rakyat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan panggilan video sebagai gantian amalan ziarah-menziarahi. Dengan amalan baharu ini, kita sama-sama dapat melindungi warga tua dan kumpulan-kumpulan rentan daripada dijangkiti COVID-19.

Berikutan situasi peningkatan kes COVID-19 dalam negara yang telah mencapai jumlah kumulatif sebanyak 100,318 kes, masyarakat dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan berhati-hati dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. Semoga kelainan yang dialami pada sambutan perayaan kali ini menjadi sebuah memori untuk dikenang di masa hadapan. Kita mesti menang! 

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Disember 2020 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH24935,415
SELANGOR491 (1)27,709
WP KUALA LUMPUR37911,424
NEGERI SEMBILAN1447,335
JOHOR1153,821
PULAU PINANG373,081
PERAK262,939
KEDAH42,914
WP LABUAN261,600
SARAWAK2 (1)1,096
PAHANG12964
MELAKA76913
KELANTAN9517
TERENGGANU7296
WP PUTRAJAYA4249
PERLIS045
JUMLAH KESELURUHAN1,581 (2)100,318

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,581 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 491 kes 
    • 169 kes daripada kluster-kluster, termasuk 101 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kebun Baru dan Kluster Sungai Burong;
    • 206 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 115 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 379 kes  
    • 285 kes daripada kluster-kluster, termasuk 34 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Tun dan Kluster Jalan Pandan;
    • 57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 249 kes 
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 140 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 144 kes
    • 127 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 115 kes
    • 80 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Melaka : 76 kes
    • 72 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang: 37 kes 
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 26 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 26 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 12 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Sembilan (9) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Tujuh (7) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.





Status Terkini #COVID19, 24 Dis 2020
Kes sembuh=1,085 Jumlah kes sembuh=81,099 kes Kes baharu positif=1,581 kes (1,579 tempatan, 2 import) Jumlah positif=100,318 kes Kes kematian=2 Jumlah kes kematian=446 kes Kes dirawat di ICU=102 kes Bantuan Alat Pernafasan=45 kes

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED