Translate

22 December 2020

Covid-19 Malaysia 22 Dec: New Cases- 2,062 Total Cases- 97,389 | Active Cases- 17,646 | New Death- 1


Kenyataan Akhbar KPK 22 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 911 kes. Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 79,304 kes (81.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 22 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 2,062 kes. Angka ini merupakan kes harian baharu ketiga tertinggi sejak pandemik COVID-19 dilaporkan di Malaysia. Kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Disember 2020 adalah sebanyak 97,389 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 17,646 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,058 kes.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,014 kes (49.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 887 kes (87.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 504 kes (24.4 peratus) dan Sabah sebanyak 252 kes (12.2 peratus).

Sebanyak 120 kes (5.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Gajah (88 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes) dan Kluster Tembok (2 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 111 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu (1) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 439 kes (0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
43941063WP LabuanLelaki (BWN)69Jenazah dibawa ke Hospital LabuanStrok

*BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 22 Disember 2020, terdapat sebanyak 459 kluster telah dilaporkan termasuk lapan (8) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 253 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Summer, Kluster Kota Kecil, dan Kluster Tenaga. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 206 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Residen (294 kes), Kluster Pasar Baru (270 kes), dan Kluster Seruling (221 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  1. KLUSTER PASAR BARU

Kluster ini melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-85580) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 2,001 individu telah disaring, di mana 309 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  BUKIT NAGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 58 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  TAPAK BINA RESIDEN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 640 individu telah disaring, di mana 294 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  TAPAK BINA KASIH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 392 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  TAPAK BINA SINAR VIEW

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 510 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PAGINATAN

Kluster ini melibatkan daerah Ranau, Papar,  dan Kota Belud di Sabah. Kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-85057) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 232 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMPOI JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88947) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 231 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RAPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-87874) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 22 Disember 2020, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

PEMANTAUAN KESIHATAN DALAM KALANGAN PETUGAS KESIHATAN 

KKM sentiasa prihatin dalam memastikan keselamatan dan kesihatan petugas-petugas kesihatan sepanjang pandemik COVID-19 ini dengan melakukan pemantauan berkala kepada semua petugas-petugas kesihatan.   

Sehingga 15 Disember 2020, sejumlah 52, 593 petugas kesihatan telah disaring dan diambil ujian pengesanan COVID-19. Kategori-kategori petugas yang disaring adalah:  

  1. Petugas yang bergejala; 
  2. Petugas yang kembali dari bertugas sebagai pasukan mobilisasi di Sabah; 
  3. Petugas yang berisiko tinggi seperti kontak kepada kes positif samada di tempat kerja, di rumah atau di tempat awam; 
  4. Petugas yang berada di fasiliti yang berlakunya kluster; 
  5. Petugas yang mengendali kes-kes COVID-19 dan didapati berisiko tinggi hasil dari penilaian risiko yang dilakukan; dan 
  6. Program survelan dalam kalangan petugas secara berkala juga di fasiliti tertentu terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi. 

Sehingga 21 Disember 2020, sebanyak 1,880 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan melalui saringan-saringan ini. KKM juga mengambil maklum tentang perkembangan terbaru mutakhir ini di mana terdapat peningkatan kes dalam kalangan petugas-petugas kesihatan terutamanya di dalam fasiliti-fasiliti kesihatan di dalam zon merah dan kawasan-kawasan berisiko tinggi. Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan oleh KKM, majoriti punca jangkitan dalam petugas kesihatan adalah jangkitan antara petugas-petugas kesihatan (33%) dan juga daripada komuniti (33%).  

Justeru itu, KKM sentiasa menekankan kepentingan mematuhi langkah-langkah kawalan dan pencegahan jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan semasa bertugas di fasiliti kesihatan dan terutama sekali ketika berada dalam komuniti. Antara langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disarankan adalah seperti :  

  1. Mengamalkan budaya normal baharu semasa bekerja seperti amalan menjaga kebersihan tangan, sentiasa memakai pelitup muka semasa berada di dalam fasiliti kesihatan, menjaga etika batuk, menjaga penjarakan fizikal terutamanya semasa berada di ruang guna sama seperti pantri, bilik rehat, bilik solat, kaunter, lif, bilik persalinan dan lain-lain; 
  2. Memakai Personal Protective Equipment (PPE) yang sesuai seperti yang disarankan oleh KKM; 
  3. Membuat gate keeping iaitu saringan suhu badan petugas dan deklarasi gejala di pintu-pintu masuk fasiliti; dan 
  4. Menjalankan pemantauan harian gejala semasa bertugas. 

Oleh itu, KKM ingin menyeru kepada semua petugas barisan hadapan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan agar jangkitan COVID-19 dikalangan petugas dan fasiliti kesihatan dapat dihindari. Masyarakat juga diseru untuk bekerjasama dengan pihak KKM dengan sentiasa memberikan maklumat yang benar kepada petugas kesihatan agar penilaian risiko yang tepat dapat dilaksanakan. Penilaian risiko yang tepat ini amat penting kerana ianya mampu melindungi petugas-petugas kesihatan seterusnya pesakit-pesakit lain daripada dijangkiti COVID-19. 

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Disember 2020 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH25234,977
SELANGOR1,014 (1)26,683
WP KUALA LUMPUR504 (3)10,819
NEGERI SEMBILAN577,160
JOHOR1673,588
PULAU PINANG233,001
PERAK172,905
KEDAH52,896
WP LABUAN21,572
SARAWAK01,090
PAHANG6907
MELAKA9713
KELANTAN4504
TERENGGANU0288
WP PUTRAJAYA2241
PERLIS045
JUMLAH KESELURUHAN2,062 (4)97,389

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,062 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,014 kes 
    • 736 kes daripada kluster-kluster, termasuk 272 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Pasar Baru dan Kluster Bukit Naga;
    • 151 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 126 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 504 kes  
    • 423 kes daripada kluster-kluster, termasuk 369 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Residen, Kluster Tapak Bina Kasih dan Kluster Tapak Bina Sinar View;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 252 kes 
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Paginatan;
    • 146 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 167 kes
    • 143 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tampoi Jaya;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 57 kes
    • 30 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 23 kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 17 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rapat;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Sembilan (9) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Lima (5) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED