Translate

20 December 2020

Covid-19 Malaysia 20 Dec: New Cases- 1,340 Total Cases- 93,309 | Active Cases- 15,563 | New Death- 4


Kenyataan Akhbar KPK 20 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,067 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 77,309 kes (82.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 20 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,340 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 93,309 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 15,563 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,337 kes.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 441 kes (32.9 peratus). Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 284 kes (21.2 peratus) dan Sabah yang melaporkan sebanyak 196 kes (14.6 peratus).

Sebanyak 134 kes (10.0 peratus)yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes), Kluster Tembok Gajah (56 kes), Kluster Tembok (10 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (8 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (2 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 437 kes (0.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
43463582SelangorLelaki(WN)63Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, strok dan obesiti
43570071Pulau PinangLelaki (WN)67Hospital Pulau PinangPenyakit darah tinggi
43672925SabahLelaki(WN)78Hospital TawauPenyakit darah tinggi dan jantung
43791013SabahLelaki(BWN)77Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER 

Sehingga 20 Disember 2020, terdapat sebanyak 443 kluster telah dilaporkan termasuk tiga (3) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 244 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Saga, Kluster Tatahan dan Kluster Sakti di Sabah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 199 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 klustermelaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Metropolis (140 kes), Kluster Ceram (107 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes).

KLUSTER BAHARU 

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER TAPAK BINA METROPOLIS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 20 Disember 2020, sejumlah 481 individu telah disaring, di mana 147 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER ESTATE MAJU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Tuaran di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74498) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 20 Disember 2020, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

3. KLUSTER  BATU 39

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-90568) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 20 Disember 2020, sejumlah 152 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

PENJAGAAN KESIHATAN DAN PEMATUHAN KEPADA AMALAN NORMA BAHARU KETIKA BANJIR 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai kejadian banjir di beberapa buah negeri. Pada 20 Disember 2020 sehingga jam 2 petang hari ini, tiga (3) buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang telah dilanda banjir. Terdapat seramai 8,244 mangsa dan 71 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka. Adalah dimaklumkan, salah satu fasiliti kesihatan iaitu Klinik Kesihatan (KK) Rantau Panjang telah terjejas akibat dari kejadian banjir dan perkhidmatan berkaitan telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi. 

Sebanyak 49 pasukan petugas perubatan dan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah digerakkan ke PPS yang telah dibuka bagi memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan. Aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit dijalankan secara berterusan. Hasil pemantauan yang dijalankan sehingga kini mendapati, tiada kejadian wabak penyakit berjangkit berlaku di PPS. 

Dalam situasi negara masih dilanda pandemik COVID-19, keadaan yang sesak seperti di PPS boleh meningkatkan risiko bagi penularan penyakit. Sehubungan dengan itu, pematuhan kepada SOP dan amalan norma baharu oleh semua mangsa banjir di PPS perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua agensi yang terlibat. 

Mangsa-mangsa banjir hendaklah sentiasa menjaga kesihatan kendiri, mengamalkan penjarakan fizikal danmemakai pelitup muka. Selain itu, mangsa-mangsa banjir juga perlu memaklumkan kepada anggota kesihatan jika bergejala dan patuh kepada lain-lain arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; 

• Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembangdengan jarak yang dekat).

• Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Disember 2020 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH19634,478
SELANGOR441 (1)24,465
WP KUALA LUMPUR28410,188
NEGERI SEMBILAN1697,045
JOHOR1563,143
PULAU PINANG 302,960
KEDAH62,888
PERAK102,867
WP LABUAN 271,541
SARAWAK3 (2)1,090
PAHANG 12889
MELAKA1695
KELANTAN1494
TERENGGANU2287
WP PUTRAJAYA2234
PERLIS045
JUMLAH KESELURUHAN1,340 (3)93,309

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import






Status terkini COVID-19 setakat 20 Disember 2020

Jumlah sembuh baru: 1067 kes
Jumlah kumulatif discaj: 77309 kes (82.9%)
Jumlah kes baru: 1340 kes
Jumlah kumulatif: 93309 kes
Jumlah kes aktif: 15563 kes
Kes tempatan: 1337 kes
Kes import: 3 kes
Jumlah kematian baru: 4 kes
Jumlah kumulatif kematian: 437 kes (0.47%)
Jumlah kes di ICU: 116 kes
Pesakit intubated: 57 kes

              







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED