Translate

17 December 2020

Covid-19 Malaysia 17 Dec: New Cases- 1,220 Total Cases- 89,133 | Active Cases- 14,671 | New Death- 3



Kenyataan Akhbar KPK 17 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,297 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 74,030 kes (83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 17 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,220 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 89,133 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,671 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,214 kes.

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 368 kes (30.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 247 kes (67.1 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melaporkan sebanyak 297 kes (24.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 184 kes (15.1 peratus).

Sebanyak 135 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Tembok (36 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 432 kes (0.48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
43064470JohorLelaki (WN)36Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
43168320SabahLelaki (WN)55Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung
43286886SabahLelaki (BWN)81Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung dan gout

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 17 Disember 2020, terdapat sebanyak 429 kluster telah dilaporkan termasuk tiga (3) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 236 kluster termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Benteng PK, Kluster Kapas BJ, Kluster Garden, Kluster Bah Tropicana, Kluster Bah Bercham dan Kluster Mentari. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 193 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Jalan Rusa (57 kes), dan Kluster Bintang (50 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN RUSA

Kluster ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 melalui saringan komuniti di sebuah kawasan kediaman bermula awal Disember 2020. Saringan ini dijalankan selepas satu (1) kes positif dikesan di kalangan penduduk pada penghujung bulan November 2020. Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 1,267 individu telah disaring, di mana 129 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PASIFIK

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 159 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MARINGKAN

Kluster ini melibatkan daerah Telupid dan Ranau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-70580) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH18433,823
SELANGOR36822,931
W.P. KUALA LUMPUR2979,426
NEGERI SEMBILAN336,684
KEDAH92,865
PULAU PINANG802,863
JOHOR672,835
PERAK412,710
W.P. LABUAN161,476
SARAWAK9 (6)1,084
PAHANG4855
MELAKA98551
KELANTAN10482
TERENGGANU2281
W.P. PUTRAJAYA2222
PERLIS045
JUMLAH KESELURUHAN1,220 (6)89,133

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,220 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 368 kes 
    • 94 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 153 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 297 kes  
    • 235 kes daripada kluster-kluster, termasuk 62 kes daripda kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rusa dan Kluster Tapak Bina Pasifik;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 184 kes 
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Maringkan;
    • 97 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 98 kes daripada kluster sedia ada.
  • Pulau Pinang: 80 kes 
    • 53 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 67 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perak: 41 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 33 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 16 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia-ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 10 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: Sembilan (9) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.


               

















Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED