Translate

19 December 2020

Bekas PM DS Mohd Najib merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas upacara Istiadat Pengebumian Negara ibunya

Bekas PM, DS Mohd Najib Tun Razak merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas upacara Istiadat Pengebumian Negara ibunya, Allahyarhamah Tun Rahah di Lingkaran Makam Pahlawan Masjid Negara.




19/12/2020 06:25 PM
KUALA LUMPUR, 19 Dis  -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan penghargaan keluarganya kepada kerajaan di atas keputusan untuk menganugerahkan Istiadat Pengebumian Negara kepada ibunya, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah. 

Beliau berkata penganugerahan itu disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa kepada seluruh ahli keluarganya. 

"Penganugerahan ini akan menjadi kenangan manis kepada keluarga Tun Razak," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai Istiadat Pengebumian Negara Tun Rahah di Lingkaran Makam Pahlawan di Masjid Negara hari ini. 



Beliau berkata majlis tahlil juga akan diadakan setiap hari selama seminggu bermula malam ini di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi. 

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.45 petang semalam.

-- BERNAMA 

 

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED