Translate

07 December 2020

Almas Beauty & Health Didakwa, Produk Tidak Berdaftar (1 Video)


 

Pengarah Almas Mengaku Tak Bersalah

MKL Crimedesk
7 Disember 2020

Pengarah urusan almas beauty & health sdn bhd mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pemilikan keluaran yang bukan keluaran berdaftar di mahkamah majistret kuala kubu bharu. 

Tertuduh, datuk hassanal bolkiah abd wahab membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan majistret nurul mardiah mohammed redza. 

Menurut fakta kes, sepasukan penguatkuasa farmasi kementerian kesihatan malaysia menjalankan pemeriksaan di pejabat syarikat berkenaan di no 39 dan 41, jalan adenium 2g/5, 43000 bukit beruntung, rawang jam 11 pagi pada 12 mac 2019. 

Dalam serbuan itu, pihak penguatkuasa farmasi merampas 81 kotak produk bukan keluaran berkenaan. 

Pertuduhan dibuat mengikut peraturan 7(1)(a) peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 iaitu kesalahan di bawah peraturan 30(1) peraturan serta boleh dihukum mengikut seksyen 12(2) akta jualan dadah 1952. 

bagi pertuduhan itu, syarikat terbabit boleh dikenakan denda sehingga 50 ribu ringgit, manakala denda 100 ribu ringgit bagi kesalahan seterusnya jika disabitkan kesalahan. 

tertuduh juga suami kepada datin maziah mohamed dalam hujahnya memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang surat makluman mengenai penarikan notifikasi produk terbabit daripada kementerian kesihatan. mahkamah menetapkan 4 januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED