Translate

07 December 2020

15 Lelaki Didakwa Merusuh Di Sebuah Pusat Hiburan (1 Video)




Fifteen claim trial for rioting at Puchong pub
15 lelaki didakwa merusuh di sebuah pusat hiburan

BERNAMA
07/12/2020 


KUALA LUMPUR, 7 Dis -- Seramai 15 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rusuhan dengan tujuan mendatangkan kecederaan kepada empat pekerja sebuah pusat hiburan, bulan lepas.

Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Mereka ialah V.Gobi Ramanan, M.K.Kannan, S.Somasundaram, M.Pushpanathnan, C.Thayalan, M.Thiru Vijaya Kumar, M.Mathan, V.Batmanthan, S.Ganesh, Muhammad Shahrul Anuar Sharizan, D. Nathan, Muhammad Shanker Sekaran, S. Pirabu, R.S Muguntan dan A.J. Nicholus, berusia antara 24 hingga 47 tahun.

Mereka didakwa bersama-sama tiga orang masih bebas dalam satu kumpulan yang menyalahi undang-undang, di mana tujuan bersama adalah untuk mendatangkan kecederaan kepada empat lelaki, Chan Kam Lung, Tan Chia Moon, P.Thiruvasan dan Azman Sidek, dan dalam perhimpunan tersebut telah merosakkan harta benda dan telah menggunakan kekerasan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pusat hiburan di Menara UP Jalan Puchong, Brickfields di sini pada 11.25 malam, 25 Nov lepas mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, bagi setiap tertuduh.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh yang diwakili peguam J.Gunamalar, S.Kailash, John Das, Shashi Devan dan Datuk Joshua Sambanthan, masing-masing memohon jaminan rendah dengan alasan anak guam mereka menanggung keluarga.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Jan 2021 untuk sebutan kes.

Di mahkamah sama, Pushpanathnan mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki satu tatu kumpulan “04” di bahagian lengan kiri, dengan niat menganggotai atau menjadi ahli mana-mana ahli kongsi gelap yang diwartakan haram oleh kerajaan Malaysia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini pada 7.30 petang, 1 Dis lepas, mengikut Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM15,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, manakala peguam Gunamalar yang mewakili tertuduh memohon satu jaminan terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama (14 Jan 2021) untuk sebutan semula kes.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED