Sebanyak 3,492 pasar raya, 4,878 restoran, 1,317 kilang, 1,539 pasar awam/tani, 2,880 tempat ibadah serta 1,269 tempat riadah telah diperiksa.
Semalam, PDRM juga telah menahan 169 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP dan kesemuanya telah dikompaun.
Kawalan Sempadan Negara Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 49 PATI serta merampas 7 kenderaan darat Sebanyak 110 SJR Op Benteng dilaksanakan seperti berikut: Op Benteng/Penawar (PDRM, ATM dan RELA) - 38 SJR Op Benteng PDRM - 63 SJR Op Benteng AKSEM - 9 SJR
Operasi Sanitasi Awam KPKT telah melakukan 13,004 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. Semalam, sebanyak 35 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 10 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan Operasi Sanitasi ini melibatkan 183 anggota dan 21 jentera JBPM serta 95 anggota PBT
Kuarantin Wajib Seramai 90,800 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. Semalam, seramai 567 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.
Tapak Binaan Semalam, anggota penguatkuasa CIDB membuat pemeriksaan di 25 tapak binaan di seluruh Malaysia. Daripada jumlah itu, 24 tapak binaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan manakala 1 tapak binaan tidak beroperasi
Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Telipok Ria Tuaran, Sabah pada 24 Disember 2020
Kerajaan bersetuju membenarkan kemasukan pelajar antarabangsa (kecuali UK) bagi Institusi Pendidikan Swasta kategori Pusat berkuatkuasa 1 Januari 2021 melibatkan Pusat Bahasa, Pusat Kemahiran, Pusat Latihan, Pusat Tuisyen dan Pusat Perkembangan Minda yang berdaftar dengan KPM
Kerajaan mewajibkan semua pekerja warga asing untuk menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 Januari 2021 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) di mana majikan yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang dan penalti.
Kerajaan bersetuju untuk mewajibkan majikan menanggung kos kuarantin dan rawatan bagi pekerja warga asing positif COVID-19 yang dipindahkan ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC)