Translate

29 June 2020

PKR sahkan pemecatan lima pemimpin parti didakwa 'geng Azmin' ( Video )


Astro Awani
Afiezy Azaman
Jun 29, 2020 09:33 MYT


Ketua Wanita PKR Haniza Talha antara yang dipecat daripada PKR. -Gambar fail

 

 KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan pemecatan lima pemimpin parti itu yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mereka ialah Ketua Wanita PKR, Haniza Talha; Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria; dua ADUN Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh); dan Ketua Wanita Keadilan Sabah, Rahimah Majid.

Perkara itu disahkan Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Ahmad Kassim melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan pada Ahad.

Sementara itu, tiga lagi pemimpin parti itu diberi amaran iaitu Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; Pengarah Komunikasi Wanita Pulau Pinang, Carolyn Khor; dan ADUN Machap Jaya, Ginie Lim.

Manakala seorang anggota parti Ahmad Raj Abdullah digantung keahlian sehingga selesai siasatan kerana terlibat dalam serangan fizikal terhadap Tian Chua.

Kedua Haniza dan Afif digantung daripada keahlian PKR sejak bulan Mei atas cadangan daripada Lembaga Disiplin Parti.

Parti itu memulakan siasatan tatatertib terhadap mereka yang diketahui berpihak kepada Mohamed Azmin setelah pemimpin itu merencana 'Langkah Shereton' yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), pada Februari lepas.

Azmin dan beberapa pemimpin PH keluar parti untuk bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan PAS untuk membentuk Perikatan Nasional.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Kunjungan Manchester United ke Malaysia tarik perh' 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Victims to receive additional f' 10 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ex-BSI banker linked to 1MDB money Laundering Scan' 11 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Wajib lapor pendapatan walaupun perniagaan rugi - ' 16 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 27 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dua individu ditahan terlibat sindiket menyamar ej' 29 mins ago
A visitor from Phoenix viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 36 mins ago