Translate

28 June 2020

SAMSENG JALANAN | 119 Individu Ditahan Terlibat Lumba Haram ( Video )



Astro Awani
Firdaus Azil
Jun 28, 2020 14:37 MYT

Kebanyakan mereka yang ditahan dalam operasi terdiri daripada remaja di bawah umur 20 tahun ke bawah, kata ACP Mohd Zaid Hassan.

 


 KAJANG: Sebanyak 41 kertas siasatan telah dibuka melibatkan 119 tangkapan lumba haram sepanjang Ops Samseng yang dilaksanakan di daerah Kajang sejak 1 Januari tahun ini, hingga malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, bagi Ops Alkohol pula, sebanyak 43 tangkapan telah dibuat dan kertas siasatan dibuka bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Sebanyak enam tangkapan telah dibuat di bawah kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan kebanyakan pesalah yang ditahan ini didapati melakukan kesalahan samseng jalanan.

"Kebanyakan mereka terdiri daripada remaja di bawah umur 20 tahun ke bawah, manakala bagi pemandu di bawah pengaruh alkohol ni tidak mengira had umur,” katanya lagi.

Mohd Zaid berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam operasi sekatan jalan raya di Lebuhraya Lekas dan R&R Bukit Dukung, awal pagi tadi.

Dalam operasi itu, sebanyak empat sekatan jalan raya dilakukan termasuk Lekas arah Kajang, Lekas arah Seremban, Grand Saga arah ibu negara, dan Grand Saga arah Kajang.

Operasi dengan kekuatan 88 pegawai dan anggota itu dilakukan secara bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebanyak 121 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 3 hrs 20 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 57 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 41 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 4 hrs 54 mins ago