Translate

28 June 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases - 18 (Malaysian- 0 Foreigner- 14 Import- 4 ) Total - 8634 , Active Cases -195 | Discharged- 10 Total- 8318 Total Deaths - 121



Kenyataan Akhbar KPK 28 Jun 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 10 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,318 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 28Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 28 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 18 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,634 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 195 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) orang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. Daripada 14 kes penularan di dalam negara, kesemua kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes di kalangan warganegara Malaysia.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara Malaysia (14 kes) adalah seperti berikut:

  • Negeri Sembilan: Sembilan (9) kes adalah kes saringan ulangan bagi Kluster Pedas;
  • Selangor: dua (2) kes saringan Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang;
  • Sabah: dua (2) kes saringan iaitu satu (1) kes saringan ke atas banduan sebelum dibebaskan dari penjara dan satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dari Klinik Kesihatan ke hospital;
  • Kuala Lumpur: satu (1) kes saringan masuk kerja di tapak pembinaan.

Sehingga kini, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01

KES POSITIF DI KALANGAN BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 27 Jun 2020, seramai 60,298 orang bukan warganegara Malaysia telah disaring. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,575 kes (4.3 peratus) dikesan positif COVID-19, 57,441 kes (95.3 peratus) adalah negatif dan 282 kes (0.4 peratus) masih menunggu keputusan. Bagi kes positif di kalangan bukan warganegara Malaysia, seramai 105 kes (4.1 peratus) masih dalam rawatan, 2,465 kes (95.7 peratus) yang telah pulih dan dibenarkan discaj dan kumulatif kes kematian COVID-19 adalah sebanyak lima (5) kes (0.2 peratus).

Pada hari ini, majoriti kes positif yang dilaporkan adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Sembilan (9) kes positif adalah saringan ulangan daripada Kluster Pedas di Negeri Sembilan dan Melaka. Mereka sememangnya telah dikuarantinkan kerana telah terdedah kepada kes positif sebelum ini. Sehingga 28 Jun 2020, seramai 957 telah disaring dan setakat ini didapati 326 kes (34.1 peratus) dikesan positif COVID-19. Daripada jumlah tersebut, seramai 312 kes (95.7 peratus) adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Mengambilkira kini Malaysia memasuki fasa pemulihan, pelbagai Standard Operating Procedure (SOP) telah dibangunkan untuk setiap sektor. Majikan perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan SOP dilaksanakan dengan betul dan terus bekerjasama dengan pihak KKM dengan mengambil langkah-langkah bagi mencegah penularan COVID-19 khususnya di kalangan warga asing.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus konsisten mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

28 Jun 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH097
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR5 (3)2,044
NEGERI SEMBILAN91,025
MELAKA0256
JOHOR0691
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0157
SABAH2370
SARAWAK1 (1)571
W.P. KUALA LUMPUR12,436
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN18 (4)8,634

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED