Translate

11 November 2019

POLIS menahan suami isteri dan wanita untuk siasatan kematian bayi lelaki 23 bulan dipercayai didera 89 kesan lebam, lecur, calar baru dan lama di seluruh badan mangsa




Bayi mati dengan 89 kesan dera di badan

MyMetro

GAMBAR hiasan


Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my





POLIS menahan suami isteri dan wanita untuk siasatan kematian bayi lelaki 23 bulan dipercayai didera, 4 November lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suami isteri itu yang juga bapa dan ibu bayi berkenaan berusia 42 serta 37 tahun ditahan di pekarangan Hospital Serdang pada 5 November lalu.


Manakala, wanita berusia 33 tahun yang juga kenalan ibu mangsa ditahan pada 8 November di Putrajaya.


Katanya, suami isteri itu berasal dari Sungai Merab, Sepang dan ketiga-tiga suspek bekerja sebagai penjawat awam.

“Polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat oleh doktor di Hospital Serdang pada 4 November, yang mana Jabatan Kecemasan hospital itu menerima pesakit bayi terbabit yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tiada tanda-tanda hidup.

“Pengadu (doktor) pada masa itu cuba memberikan bantuan kepada bayi, namun tiada tindak balas dan pada 7.20 pagi, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, hari ini.

Abdul Aziz berkata, terdapat kesan luka pada bahagian dagu dan atas kening sebelah kanan mangsa, bengkak dan luka pada kemaluan serta ada kesan lebam pada bahagian badan dan kesan parut pada kedua tangan dan kaki.

“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras.

“Terdapat 89 kesan lebam, lecur, calar baru dan lama di seluruh anggota badan mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan pihaknya turut mengambil keterangan daripada adik-beradik mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu mangsa ada mengalami masalah kemurungan.

Susulan itu, suami isteri berkenaan mangsa direman sehingga 18 November manakala, kenalan wanita direman sehingga 15 November.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 5:10 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 6 hrs 1 min ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 7 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 9 hrs 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 10 hrs 12 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 10 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 10 hrs 26 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 10 hrs 41 mins ago