Translate

10 June 2019

Pusat Hiburan Guna Taktik GRO Catwalk Pakaian Separuh Bogel




Published on 1 Jun 2019
Guna taktik pertunjukan catwalk dengan berpakaian separuh bogel... Pelaris sebuah pusat hiburan ini akhirnya dibongkar polis dalam serbuan Ops Noda malam tadi. 37 gro warga thailand dan cambodia berjaya di cekup di serbuah premis hiburan di jalan usj subang jaya. Serbuan jam 1.30 pagi itu lakukan sepasukan polis dari bahagian maksiat perjudian dan kongsi gelap d7 ibu pejabat polis kontijen selangor di ketuai dsp azmi shukor. Ketika serbuan rata rata gro warga asing terbabit sedang leka melayan pelanggan berhibur. Namun bertempiaran lari ke lorong tikus selepas markas itu dikepong polis. Cubaan mereka meloloskan diri.... Gagal. Turut di tahan 3 pekerja lelaki warga bangladesh dan seorang lelaki tempatan di percayai penjaga premis. Risikan mendapati pertunjukan pentas ala ratu cantik di persembahkan kepada pelanggan. Pelanggan dipercayai membida gro yang di sukainya dengan memberi mahkota bernilai 1 ribu ringgit. Pemeriksaan mendapati kesemua mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial. Kesemua tahanan di bawa ke ibu pejabat polis daerah subang jaya untuk tindakan lanjut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED