Translate

17 June 2019

Polis Cekup Lebih Daripada 100 Warga Afrika Dalam Ops Black Flora, Well Done PDRM Serdang dan Selangor!




MKL Crimedesk
Published on 16 Jun 2019

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Kerana kebanjiran warga asing yang turut menyumbang dalam statistik jenayah yang semakin meningkat di Selangor...

Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor terus memperhebatkan operasi menerusi Ops Black Flora secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata warga afrika ini terlibat dalam jenayah sindiket penipuan.

Terbaru... 5 kes samun bersenjata parang yang dilakukan oleh saspek saspek warga Afrika dilaporkan di negeri itu.

Menerusi operasi bersepadu bersama jabatan imigresen... Dua lokasi panas menjadi tumpuan warga itu dekat
Kompleks Apartment Desa Aman Puri, Desa Jaya, Gombak dan Apartment Vista Millenium, Bukit Puchong, Subang Jaya digempur.

Seorang lelaki warga afrika patah kaki akibat terjatuh dari tingkat 3 pangsapuri desa aman puri ketika usaha meloloskan diri.

Sejumlah Sebanyak 61 unit rumah dan 117 orang diperiksa di Aman Puri.

Daripada jumlah itu... 96 orang ditangkap termasuk 79 lelaki dan 5 wanita warga Nigeria.

12 lagi warganegara Pakistan, Indonesia, Mynmar dan Filipina.

Manakala di pangsapuri Vista Millenium, sebanyak 33 unit rumah diperiksa.

Dengan jumlah tangkapan seramai 40 orang ditangkap termasuk 38 lelaki warga Nigeria dan 2 lelaki Bangladesh.

Kesemua tangkapan disiasat dibawah Sek 6(i) (c) Akta Imigresen 1953 kerana tiada dokumen perjalanan.

Polis turut memberkas 4 lelaki dan 1 wanita warga Nigeria di Apartment Desa Aman Puri yg disyaki terlibat dalam kegiatan love scam.

3 bjaj komputer riba dan 6 telefon bimbit dirampas dan disiasat dibawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

#MKLCRIMEDESK

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED