
SETIAUSAHA Persekutuan Sabah yang baharu, Datuk Samsuni Mohd Nor. NSTP/Nurul Syazana Rose Razman.
Samsuni dilantik Setiausaha Persektuan Sabah
PUTRAJAYA: Datuk Samsuni Mohd Nor dilantik Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu.
Pelantikan itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar menerusi satu hantaran ringkas di laman sosial Facebooknya hari ini.
Samsuni sebelum ini Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
“Semoga terus cemerlang dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas,” kata Ismail yang turut memuat naik dua keping gambar penyerahan watikah pelantikan tersebut kepada Samsuni. – BERNAMA