Sultan Ahmad Shah mangkat
22 Mei 2019 10:10 AM
Sultan Ahmad Shah dilapor kembali ke rahmatullah kira-kira 9 pagi tadi.
KUALA LUMPUR - Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima kembali ke rahmatullah kira-kira 9 pagi tadi.
Berita itu dikongsi cucunda baginda, Tengku Puteri Iman Afzan menerusi laman Instastory akaun miliknya sebentar tadi.
Portal berita Bernama melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan, Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 8.50 pagi ini. - K! ONLINE