Translate

22 May 2019

Premis Urut Kantoi Adakan Service Seks



Published on 20 May 2019
[ JENAYAH MINGGU INI ]
Bilik berhias ikut tema untuk ambil 'mood' buat maksiat... Kegiatan sumbang sebuah kedai dekat USJ 21 Subang Jaya akhirnya terbongkar dalam Ops Noda pasukan polis dari bahagian maksiat, perjudian dan kongsi gelap d7 ibu pejabat polis kontijen selangor malam tadi. Operasi berhasil berikutan aduan penduduk setempat yang curiga dengan kehadiran lelaki setiap malam di premis berkenaan. Serbuan jam 9.50 malam dengan kekuatan 2 pegawai dan 5 anggota di ketuai pegawai turus d7 ipk selangor dsp azmi shukor... 7 pelacur warga asing diberkas. 3 daripadanya sedang bagi servis seks di 3 bilik khas. Manakala 4 lagi wanita warga asing sedang menunggu pelanggan. Tema doremon dan parti antara yang dikesan. Pelbagai perkakasan seks seperti kondom dan jely pelincir seks turut ditemui. Pemeriksaan mendapati 7 wanita adalah warga indonesia dan vietnam. 3 pelanggan dan seorang panjaga premis warga tempatan turut di tahan bagi membantu siasatan. Kesemua mereka di bawa ke ipd subang jaya untuk tindakan lanjut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED