Translate

29 May 2019

Pemergian penyanyi veteran Datuk Dahlan Zainuddin turut dirasai Yang di-Pertuan Agong




Agong berduka kehilangan Dahlan

AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA
29 Mei 2019 10:14 AM




Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan melawat jenazah Dahlan yang ditempatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq hari ini.




KUALA LUMPUR - Pemergian penyanyi veteran Datuk Dahlan Zainuddin turut dirasai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disifatkan sebagai biduan negara.



Baginda bertitah, Dahlan bukan seseorang yang asing dalam arena seni kerana baginda secara peribadi mengenali dan meminati setiap karya Allahyarham.

Titahnya, antara lagu yang masih diingati ialah Kisah Seorang Biduan iaitu berkisarkan penghijrahan golongan muda untuk meneruskan kehidupan.

"Saya sememangnya mengenali Allahyarham sejak dari muda kerana beliau sering diundang untuk membuat persembahan upacara di Pahang.

"Dia seorang yang baik dan saya amat meminati beberapa lagu beliau antaranya sudah tentu Kisah Seorang Biduan," titahnya kepada Kosmo! Online.

Baginda turut berharap ramai dalam kalangan penggiat seni mencontohi Allahyarham yang berjuang melahirkan ramai bakat tempatan.

Terdahulu, baginda berkenan mencemar duli melawat jenazah Dahlan yang ditempatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq di sini.

Baginda turut menyempurnakan solat sunat jenazah dan menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah.

Baginda yang tiba pada pukul 9.30 pagi itu kemudiannya berangkat pulang pada pukul 10 pagi.

Terdahulu, Dahlan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang pada pukul 9.48 malam tadi akibat serangan strok.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zuhur hari ini. - K! ONLINE





Popular 70's singer Dahlan Zainuddin dies


Wednesday, 29 May 20198:15 AM MYT


KUALA LUMPUR (Bernama): Popular 70's singer, Datuk Dahlan Zainuddin, died at 9.48pm on Tuesday (May 28) at the Selayang Hospital here. He was 78.

His wife, Datin Effa Rizan, when contacted by Bernama confirmed the sad news.


According to her, his remains will be taken to the Bangsar Mosque before burial at the Bukit Kiara Cemetery here after the Zohor (midday) prayers, on Wednesday (May 29).

They have three children.


Dahlan, was hospitalised after a stroke on Saturday (May 25) which was his second time after the first in 2016 which resulted in paralysis on his left side. - Bernama


Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/29/popular-70s-singer-dahlan-zainuddin-dies/#B46SYOqjTlHxXWCU.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis terima laporan daripada ibu ‘Abang Belon’ | ' 3 mins ago
A visitor from Croydon viewed 'Majikan Rasis Pukul Bodyguard Berpuasa Dipenjara |' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam' 9 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 12 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 19 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ' 21 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 28 mins ago