Translate

03 June 2018

Menteri Kewangan: Penaja serap kos RM30 juta siaran langsung Piala Dunia 2018




Guan Eng: Penaja serap kos RM30 juta siaran langsung Piala Dunia

Predeep Nambiar | June 3, 2018



Menteri kewangan itu berkata, kerajaan boleh mendapatkan kembali kos siaran langsung itu melalui pengiklanan, tanpa perlu 'membelanjakan 1 sen'.




GEORGE TOWN: Peminat bola sepak tempatan boleh menonton siaran langsung semua aksi Piala Dunia FIFA 2018 secara percuma di Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana ada penaja yang sanggup menyerap kos RM30 juta untuk hak penyiaran itu, kata Lim Guan Eng.

Menteri kewangan itu berkata, kerajaan boleh mendapatkan kembali kos siaran langsung itu melalui pengiklanan, tanpa perlu “membelanjakan 1 sen”.



“Kami akan dapat kembali RM30 juta itu, kami tidak akan belanja 1 sen pun untuk Piala Dunia.

“Rakyat Malaysia akan jimat sehingga RM100 (berbanding langganan untuk televisyen berbayar),” katanya menjawab kritikan kerajaan akan membelanjakan semua kutipan dalam Tabung Harapan Malaysia (THM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sebelum ini berkata, RTM akan menyiarkan 41 perlawanan yang menelan belanja RM30 juta, dengan 27 daripada aksi itu disiarkan secara langsung.

Katanya, siaran langsung itu boleh mempromosikan RTM dan meningkatkan jumlah penontonnya.

Keputusan menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 dibuat Kabinet bagi memenuhi manifesto Pakatan Harapan untuk siaran langsung temasya 4 tahun sekali itu secara percuma.

Piala Dunia FIFA 2018 akan berlangsung di Rusia dari 14 Jun hingga 15 Julai ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED