Translate

15 December 2017

Elyana - Terima Kasih Kerana Menghina Wanita Ini





Rabu, 13 Disember 2017 | 2:42pm



ENTRI Elyana di laman Instagramnya.
Terima kasih kerana menghina wanita ini - Elyana






KUALA LUMPUR: Selepas membuat pengumuman mengejut dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat, beberapa minggu lalu, penyanyi, Elyana, terus mendapat perhatian umum.



Begitupun, ketika ramai yang mendoakan kesejahteraan penyanyi lagu Niat itu, selain memuji kekuatan semangatnya melawan penyakit yang dihidapi sejak kira-kira lima tahun lalu, ada juga yang mengatakan artis berkenaan sekadar mahukan perhatian.



Lebih pedih, Elyana juga perlu menelan kecaman dan hinaan segelintir peminat saat beliau mencari kekuatan untuk terus hidup serta berjuang menempuh ujian besar menimpa dirinya.



Mungkin tidak dapat membendung perasaannya lagi, Elyana memilih untuk meluahkan segala-gala di laman sosial Instagram beliau, malam tadi.



"Terima kasih kerana menghina wanita ini. Terima kasih kerana mendoakan saya cepat mati. Terima kasih juga (kepada mereka) yang ambil kesempatan dan menuduh saya inginkan perhatian.



"Terima kasih juga yang menuduh tanpa bertanya cerita sebenar dan kata saya bercakap bohong fasal sakit ini.



"Terima kasih juga untuk anda yang gembira apabila saya sering dimalukan di khalayak ramai. Terima kasih semua. Tak apalah... Mungkin anda belum lagi berasa apa yang saya rasai selama ini," tulisnya di laman sosial terbabit, yang disertakan dengan gambar dirinya menjalani rawatan kemoterapi pada Ramadan lalu.



Luah ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, sama seperti manusia lain, beliau juga akur dengan takdir Tuhan.



"Saya juga sama seperti anda semua, manusia biasa... Saya tidak kuat. Saya punya keinginan, cita-cita dan ingin berasa sihat tanpa menahan sakit. Tapi ini takdir saya. Saya terima.



"Kita semua akan mati. Bukan pesakit kanser saja. Saya harap kita jaga amalan sendiri. Jika tiada apa yang baik untuk dikata, ditulis dan dilakukan, lebih baik berdiam," tulis penyanyi itu sambil menoktahkan luahan berkenaan dengan ayat, 'Saya Elyana Pesakit Kanser Tahap 4'.



Entri berkenaan sehingga kini mendapat hampir 60,000 'like' dan 4,000 lebih komen.


https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/12/362887/terima-kasih-kerana-menghina-wanita-ini-elyana

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED