Translate

27 July 2017

Makmal Siasat Bagaimana Maklumat Kehamilan Siti Nurhaliza Dibocorkan

Makmal Siasat Siapa Bocorkan Maklumat Kehamilan Siti Nurhaliza

..
Menerusi laporan mStar online, sebuah pusat perubatan dan pihak makmal yang menjalankan ujian terhadap sample darah kononnya milik individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin akan menyiasat bagaimana maklumat berhubung kehamilan itu bocor.


Pihak berkenaan dikatakan terkejut apabila berita kehamilan tersebut mula dibincangkan di media sosial selain peminat mula mengucapkan tahniah kepada penyanyi Siti Nurhaliza.

Difahamkan, satu sample darah individu yang dicatatkan atas nama ‘Siti Nurhaliza Tarudin’ telah dihantar ke sebuah makmal patalogi dan klinikal di Petaling Jaya pada Isnin lalu oleh sebuah hospital.
Bagaimanapun tidak dipastikan sama ada nama berkenaan merujuk kepada penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain.

Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama berkenaan, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu.
Dalam pada itu suami kepada Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dalam satu kenyataan kepada akhbar Kosmo pada Rabu meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.

Katanya, selama 11 tahun bernikah pihaknya memang inginkan anak dan meminta semua pihak berdoa untuk tujuan itu.
Pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas dia mengalami keguguran pada kandungannya yang ketika itu baru berusia dua bulan.
Malaysian Digest 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 34 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 5 hrs 48 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 6 hrs 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 37 mins ago
A visitor from Muar town viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 6 hrs 43 mins ago